Bantuan Latihan Perantis (BLP) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2025.
Bantuan ini ditujukan kepada klien JKM, anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan atau menganggur, serta bekas pelatih dan bekas penghuni institusi kebajikan. Tujuan BLP adalah untuk membantu golongan ini mendapatkan latihan kemahiran atau peluang latihan sambil bekerja.
Kelulusan adalah berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan.
Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.
Kadar bayaran BLP adalah RM200 sebulan bagi setiap penerima.Untuk maklumat lanjut,sila rujuk laman rasmi Jabatan kebajikan Masyarakat .
KELAYAKAN
Syarat Kelayakan :
i. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia ;
ii. Berumur 16 tahun ke atas hingga 35 tahun mengikut kesesuaian;
iii. Anak-anak penerima bantuan; atau
iv. Bekas pelatih / bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
v. Kes-kes selian akhlak; atau
vi. Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; atau
vii. OKU berdaftar yang mempunyai kemampuan untuk mengikuti kemahiran dan latihan yang disediakan; atau
viii. Kes-kes yang melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa atau lain-lain perkara munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbangkan dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Labuan (PKMN / WPKL / WPL).
Nota : Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan dan pengiraan umur pemohon adalah berasaskan tahun kelahiran
CARA MOHON
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:
Salinan MyKad
Salinan Kad OKU Berdaftar dengan JKM (sekiranya berkaitan)
Salinan surat tawaran latihan;
Pengesahan menjalani latihan dari agensi pengendalian latihan;
Salinan penyata akaun bank terkini; dan
Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu)
Nota: Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
BORANG BERKAITAN
Permohonan boleh dibuat secara manual dengan memuat turun borang JKM 18 atau secara dalam talian melalui laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Semak status permohonan bantuan di laman web rasmi : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
AGENSI PELAKSANA : Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
TELEFON : 03-8000-8000
Email : pro_jkm@jkm.gov.my