Bantuan warga emas merupakan salah satu inisiatif pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam membantu golongan warga emas di Malaysia yang kurang berkemampuan daripada segi kewangan.
Menerusi Belanjawan 2024, Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan bantuan ini sekaligus memastikan bahawa kebajikan warga emas terus dijaga, terutama sekali bagi mereka yang betul-betul memerlukan.
Jumlah bantuan sebanyak RM500 ini merupakan peningkatan jumlah daripada RM350 sebelum ini di mana jumlah ini telah diumumkan dalam pembentangan Bajet Belanjawan 2021 terdahulu.
Bantuan ini diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat kepada warga emas atau orang tua yang layak agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam komuniti masyarakat setempat.
Oleh itu, sekiranya anda mempunyai ibu bapa, saudara atau kenalan dalam kategori warga emas, anda boleh menghantarkan permohonan bagi pihak mereka.
Mohon Juga :
- Bantuan e-Wallet BINGKAS : Cara Mohon & Syarat Kelayakan 2024
- STR Fasa 3 : Semakan Status & Tarikh Bayaran
Syarat Kelayakan Bantuan Warga Emas RM500
Bagi warga emas yang layak berdasarkan kriteria yang ditetapkan, mereka akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM500 sebulan.
Hanya warga emas atau orang tua yang memenuhi kriteria berikut akan dipertimbangkan setelah permohonan dibuat:
- Warganegara yang bermastautin di Malaysia
- Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
- Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa; atau
- Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa
- Warga emas yang bukan tinggal di:
- Institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma
- Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 – Jadual Kesembilan Senarai Perundangan
Cara Mohon Bantuan Warga Emas RM500
Permohonan bantuan warga emas ini boleh dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Bagi memudahkan urusan, anda boleh memuat turun borang dibawah, cetak, isi maklumat yang diminta dan bawa bersama ke kaunter:
Dokumen Sokongan
Selain borang di atas, bagi membolehkan permohonan bantuan warga emas anda diproses dan dibuat penilaian, anda dikehendaki membawa bersama dokumen-dokumen berikut:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama,
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- Lain-lain dokumen yang berkaitan
BWE adalah sebuah bantuan tunai yang menyasarkan warga emas miskin tegar (warganegara) yang berkelayakan dalam usaha memastikan kelangsungan & kesejahteraan hidup mereka.
Untuk ketahui lebih lanjut seperti syarat kelayakan, cara memohon dan soalan lazim, sila layari
https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bwe.html
Artikel Trending :
- KFC Terpaksa Menutup 100 Cawangannya Di Seluruh Malaysia Ekoran Tindakan Boikot
- Jawatan Kosong PERKESO : Kelayakan Minima SPM Layak Memohon!
- Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji : Mohon Sebelum 29 April 2024
Khairul is the insightful author behind www.mingguankerja.my, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Khairul is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”