Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP RM500 Bermula 16 November 2020

Kongsikan Artikel Ini

Bantuan%2BZakat%2BKecemasan%2BMAIWP%2BRM500%2BBermula%2B16%2BNovember%2B2020


Tahukah anda bahawa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ada memberikan bantuan zakat terkini yang akan membantu untuk meringankan beban anda. 


Pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah memperuntukan sebanyak RM9.5 juta bagi Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP. Individu yang layak memohon akan menerima bantuan sebanyak RM500. Namun begitu terdapat beberapa syarat yang perlu anda baca dan fahami sebelum anda memohon bantuan zakat ini.

zakat%2Bmaiwp



Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP akan dibuka secara dalam talian bermula 16 November sehinggalah 27 November 2020. 
Mereka yang layak untuk memohon dan menjadi tumpuan kali ini adalah :

  • Pemandu teksi/ e-hailing
  • Pengawal keselamatan
  • Peniaga-peniaga kecil
  • Hilang pekerjaan akibat COVID-19
  • Lain-lain golongan yang terkesan akibat COVID-19.

Bantuan Zakat Kecemasan ini bukan kali pertama yang diluluskan yang mana bantuan ini telah mula dibuka semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama pada Mac lalu.

Sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan dan telah membantu seramai 23,340 orang.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP.
zakat kecemasan maiwp 2


Apakah Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP COVID-19?

Bantuan Khas COVID-19 ini merupakan salah satu usaha MAIWP bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.

Bantuan diberikan kepada penjaja/peniaga kecil, pekerja dan individu yang terjejas sumber pendapatan agar dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh ini.



Objektif Bantuan Ini

  1. Membantu golongan pendapatan pertengahan yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan wabak COVID-19.
  2. Membantu meringankan beban hidup golongan penjaja/peniaga kecil dan pekerja B40 agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

Jumlah Bantuan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP

Mereka yang layak akan menerima Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP sebanyak RM500 dan akan disalurkan sebelum 31 Disember 2020.


Syarat Kelayakan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP

  1. Menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
  2. Pemohon bukan penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP

zakat kecemasan maiwp



Tarikh Permohonan

MAIWP akan membuka permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP secara dalam talian mulai 16 November 2020 sehingga 27 November 2020.


Cara Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP

Permohonan dalam talian boleh dibuat menerusi pautan berikut:


Berikut adalah langkah permohonan:

1. Daftar


Pemohon perlu klik pada ‘Pengguna Baru’ untuk mendaftar nama bagi pertama kali menggunakan sistem.

Pemohon perlu mengisi SEMUA butiran diri termasuk kata laluan yang akan digunakan untuk akses/daftar masuk sistem kelak.

Setelah semua butiran telah diisi, pemohon perlu menekan butang DAFTAR.


2. Log Masuk

Pemohon perlu memasukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah didaftarkan dan klik pada butang LOG MASUK.


3. Isi Maklumat

Halaman Utama sistem akan dipaparkan setelah pemohon berjaya Log Masuk.

Pemohon dikehendaki menekan tab ‘MAKLUMAT PEMOHON’ bagi melengkapkan butiran pemohon.

Pemohon dikehendaki untuk MEMENUHKAN SEMUA BUTIRAN di bahagian berikut:

  • MAKLUMAT PERIBADI
  • ALAMAT
  • MAKLUMAT PEKERJAAN
  • MAKLUMAT RUJUKAN UNTUK PENGESAHAN
  • MAKLUMAT AKAUN dan
  • MUAT NAIK DOKUMEN.

4. Muat Naik Dokumen

Bahagian MUAT NAIK DOKUMEN, pemohon dikehendaki memuat naik dokumen berikut:

  • KAD PENGENALAN
  • BIL AIR/API
  • PENYATA BANK
  • SURAT DOKUMEN/LAIN-LAIN di dalam format pdf/jpg/jpeg/gif.

*Maksimum saiz dibenarkan adalam 2mb untuk satu muat naik dokumen.

Setelah semua butiran telah diisi oleh pemohon, pemohon hendaklah menekan
butang LANGKAH 1- KEMASKINI PEMOHON bagi menyimpan butiran tersebut.

5. Kemaskini Maklumat Tanggungan

Pemohon dikehendaki membuat LANGKAH 2 – KEMASKINI TANGGUNGAN
dengan menekan butang yang terletak di bahagian tab atas bersebelahan dengan
LANGKAH 1- MAKLUMAT PEMOHON.

Pemohon dikehendaki menekan butang TAMBAH TANGGUNGAN dengan mengisi
maklumat yang diperlukan.

Pemohon hendaklah memenuhi setiap butiran
seperti:

  1. NO. KAD PENGENALAN
  2. NAMA
  3. TARIKH LAHIR
  4. JANTINA
  5. HUBUNGAN
  6. PEKERJAAN 
  7. dan menekan butang HANTAR.

6. Hantar Permohonan

Setelah pemohon SELESAI mengemaskini maklumat tanggungan, pemohon dikehendaki menekan butang LANGKAH 3 – HANTAR PERMOHONAN BANTUAN.

Pemohon boleh membuat semakan permohonan yang telah dibuat dengan menekan butang SEMAKAN BANTUAN.



Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan boleh berhubung di Facebook Baitulmal MAIWP.

ATAU

Hubungi talian hotline:
012-518 3614 / 012- 512 7614 (Kuala Lumpur)
011 – 5949 6216 / 011 – 6303 8443 (Putrajaya)
013 – 8516066 (Labuan)

Semoga perkongsian ini akan bermanfaat untuk orang ramai agar golongan yang memerlukan dapat memohon bantuan zakat ini.

Diharapkan agar perkongsian ini mempermudahkan urusan orang lain. InShaAllah. 

Sumber: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Niagakini

Kongsikan Artikel Ini