Bayaran RM800 STR Fasa 3 Isi Rumah 5 Anak Ke Atas

Kongsikan Artikel Ini

Terdapat isi rumah 5 anak ke atas akan terima RM800 STR Fasa 3. Hal ini merujuk kategori isi rumah berpendapatan bulanan RM2,500 ke bawah.

Melalui pengumuman terbaru YAB Perdana Menteri, pelaksanaan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan dilaksanakan sebelum Aidiladha.

Selain itu, e-Tunai Belia Rahmah juga akan dikreditkan ke akaun e-dompet belia dan mahasiswa bermula minggu ke-3 Jun tahun ini.

Berikut dikongsikan kategori isi rumah dan kadar bayaran RM150 hingga RM800 STR Fasa 3.

Tarikh Bayaran RM150 hingga RM800 STR Fasa 3

Tarikh bayaran STR Fasa 3 dilaksanakan pada bulan Jun sebelum Hari Raya Aidiladha.

Semakan status & jumlah bayaran boleh dibuat melalui https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan kerajaan yang telah diumumkan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2023.

  • Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 akan dibayar secara berperingkat mulai Jun 2023.
  • Seperti sebelum ini, bayaran bantuan ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak.
  • Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR boleh dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
bayaran RM150 sehingga RM800 STR Fasa 3
Bayaran RM800 STR Fasa 3 Isi Rumah 5 Anak Ke Atas 4

Kategori Isi Rumah & Jumlah Bayaran

Bayaran akan dilaksanakan melalui beberapa kategori berjumlah RM150 sehingga maksimum RM800 STR Fasa 3 bagi setiap isi rumah.

Berikut adalah senarai kategori & jumlah bayaran.

KategoriPendapatan BulananBil. AnakJumlah Bayaran
Isi Rumah (Tiada Had Umur)RM2500 ke bawah0RM300
1-2RM400
3-4RM600
5 ke atasRM800
KategoriPendapatan BulananBil. AnakJumlah Bayaran
Isi Rumah (Tiada Had Umur)RM2500 – RM50000RM0
1-2RM150
3-4RM200
5 ke atasRM250
KategoriPendapatan BulananBil. AnakJumlah Bayaran
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)RM5000 ke bawah0RM200
KategoriPendapatan BulananBil. AnakJumlah Bayaran
Bujang (21-59 tahun)RM2500 ke bawah0RM150
KategoriPendapatan BulananBil. AnakJumlah Bayaran
Bujang OKU (19-59 tahun)RM2500 ke bawah0RM150

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk:

Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Hotline STR LHDNM 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9 Pagi – 5 Petang)
Hotline STR MoF 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM


Kongsikan Artikel Ini