Bayaran STR Fasa 3 Dilaksanakan Sebelum 31 Ogos

Kongsikan Artikel Ini

Persoalan rakyat Malaysia akhirnya terjawab apabila pelaksanaan bayaran STR Fasa 3 akan mula diproses sebelum Sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos 2024.

Perkara tersebut disahkan melalui hebahan rasmi Kementerian Kewangan pada laman Facebook, memaparkan infografik lengkap proses pengkreditan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa ke-3.

Dalam hantaran yang sama, empat poster memaparkan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah disusuli kaedah semakan status turut dikongsikan kepada awam.

Berikut maklumat lanjut mengenai proses pembayaran STR Fasa 3.

Pengenalan

Dalam usaha meringankan beban golongan B40, kerajaan Malaysia telah memulakan inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Melalui Belanjawan 2024, kerajaan bersetuju menambah peruntukan sebanyak 20% daripada RM1.26 bilion tahun lepas kepada RM1.5 billion bagi tahun 2024.

Program bantuan tunai ini dijangka memanfaatkan 8.4 juta rakyat Malaysia yang layak menerima bayaran antara RM100 hingga RM650, berdasarkan kriteria kelayakan yang ditetapkan.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hadir untuk membentangkan Belanjawan 2024 dan mengumumkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Bayaran STR Fasa 3 Dilaksanakan Sebelum 31 Ogos 11

Apa itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan sebuah inisiatif bantuan tunai khusus untuk warganegara Malaysia yang berfokus kepada individu dan isi rumah B40, M40, bujang dan warga emas.

Mendepani arus peredaran zaman dan kekangan ekonomi, bantuan tunai ini bakal meringankan beban kewangan serta meningkatkan kesejahteraan 8.4 juta rakyat Malaysia yang memerlukan.

Tarikh Bayaran STR Fasa 3

Proses bayaran STR Fasa 3 akan mula dilaksanakan sebelum 31 Ogos 2024 bersempena Sambutan Hari Kebangsaan.

Jadual pengkreditan bayaran adalah seperti berikut:

  • STR Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • STR Fasa 2 : 3 April 2024
  • STR Fasa 3 : Ogos 2024
  • STR Fasa 4 : November 2024

Tarikh rasmi (exact date) fasa ketiga akan dikemaskini pada portal Mingguan Kerja selaras pengumuman rasmi Kementerian Kewangan dari semasa ke semasa.

Berikut adalah jadual & tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 mengikut hari bekerja bagi bulan Ogos 2024 (Rasmi).

Infografik ini dikeluarkan seiring dengan proses perbankan di Malaysia yang akan beroperasi pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat).

Tarikh Bayaran STR Fasa 3 1
Bayaran STR Fasa 3 Dilaksanakan Sebelum 31 Ogos 12
  • Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 akan dibayar secara berperingkat mulai Ogos 2024.
  • Seperti fasa 1 dan 2 yang lepas, pengkreditan bantuan ini akan dibayar terus ke dalam akaun penerima yang layak.
  • Bagi penerima yang tidak memiliki akaun bank atau berstatus tidak aktif, penebusan STR boleh dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.

Login MySTR & Semakan Status Kelayakan

Berikut dikongsikan enam langkah mudah login MySTR dan semakan status:

  1. Layari laman web MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Masukkan no KP (MyKAD) dan tekan butang ‘log masuk’
  3. Tekan butang ‘semak’ dan sahkan verifikasi
  4. Masukkan password dan tekan butang ‘log masuk’
  5. Pada menu utama, tekan butang ‘Semakan Permohonan’
  6. Status permohonan akan dipaparkan
Pengumuman Kementerian Kewangan mengenai STR Fasa 3
Bayaran STR Fasa 3 Dilaksanakan Sebelum 31 Ogos 13
str fasa 3 1
Bayaran STR Fasa 3 Dilaksanakan Sebelum 31 Ogos 14
str fasa 3 2024
Bayaran STR Fasa 3 Dilaksanakan Sebelum 31 Ogos 15
str fasa 3 semakan
Bayaran STR Fasa 3 Dilaksanakan Sebelum 31 Ogos 16
str fasa 3 semakan 1
Bayaran STR Fasa 3 Dilaksanakan Sebelum 31 Ogos 17

[DIKEMASKINI] Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa ketiga akan dibayar kepada penerima golongan B40 sebelum hari kemerdekaan 31 Ogos 2024.

Baca Juga : Lirik MADANI Jiwa Merdeka – Lagu Tema Merdeka 2024

Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah 2024 melibatkan dana sebanyak RM10 bilion yang bakal memanfaatkan 8 juta penerima di seluruh negara.

Jumlah Bayaran STR Fasa 3

Pengkreditan bantuan tunai rahmah Fasa 1 dan Fasa 2 telah diberikan kepada yang layak pada bulan Januari dan April 2024 yang lalu.

Jadual berikut pula adalah jumlah bayaran STR Fasa 3 bagi pengkreditan Ogos 2024 menurut soalan lazim yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN):

jumlah bayaran str fasa 3
Bayaran STR Fasa 3 Dilaksanakan Sebelum 31 Ogos 18

Sementara itu, Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu siaran media menasihatkan orang ramai supaya sentiasa waspada dengan cubaan pihak tidak bertanggungjawab untuk memperdaya mangsa melalui talian palsu STR.

Berikut dikongsikan siaran media penuh MOF:


Kongsikan Artikel Ini