Kerajaan mengumumkan Geran Khas Prihatin tambahan RM1,000 kepada penjaja dan peniaga di sabah yang terjejas teruk ekoran kemerosotan jumlah kunjungan pelancong ke Negeri Sabah akibat COVID-19.
Melalui belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari juga, Menteri Kewangan berkata, geran ini juga akan turut diberikan kepada pemandu teksi, e-hailing, kereta sewa dan pemandu pelancong di Sabah.
Pada pembentangan belanjawan juga, beliau turut mengumumkan pengecualian levi tabung HRDF akan diberikan pada 1 Januari tahun depan selama enam bulan.
Menurut beliau, pengecualian ini meliputi sektor pelancongan dan syarikat bagi membantu mengurangkan beban aliran tunai syarikat yang terjejas akibat COVID-19.
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.