Ramai rakyat Malaysia masih belum tahu biodata Mohammad Shah Firdaus Sahrom, pelumba basikal trek kebanggaan Malaysia yang tampil cemerlang di Sukan Olimpik Paris 2024.
Hari ini menjadi sejarah buat negara apabila beliau berjaya ke peringkat akhir acara keirin basikal trek di Sukan Olimpik Paris 2024 dan memenangi tempat ke-4 (REL selepas keputusan komisar penganjur).
Kemaraan Shah Firdaus ke peringkat akhir ini adalah ekoran dari penyingkiran pelumba Jepun yang menerima kad kuning kedua dari komisar penganjur.
Mari kita kenali lebih dekat mengenai Shah Firdaus ini.
Biodata Mohammad Shah Firdaus Sahrom
Berikut dikongsikan bioadata penuh Shah Firdaus:
- Nama penuh: Mohammad Shah Firdaus Sahrom
- Nama komersil: Shah Firdaus
- Asal: Muar, Johor
- Tarikh lahir: 26 November 1995
- Umur: 29 tahun (2024)
- Kerjaya: Pelumba basikal (Atlet Malaysia)
- Disiplin: Trek
- Status: Bujang
Baca Juga : Jadual Acara Basikal Keirin Sukan Olimpik 2024
Pencapaian Mohammad Shah Firdaus Sahrom
- Olimpik Paris 2024
- Peringkat akhir acara Keirin
- Olimpik Tokyo 2020
- Melayakkan diri ke sukan berprestij Olimpik Tokyo dalam acara pecut dan keirin
- Sukan Asia
- Pernah merangkul pingat perak dalam Sukan Asia 2018 di Jakarta dalam acara berpasukan
- Kejohanan Berbasikal Asia
- Pingat perak di Jakarta 2019 dalam acara Keirin
- Pingat emas di New Delhi 2017 acara Keirin
- Pingat emas di Jakarta 2019 acara Pecut
- Pingat emas di Jakarta 2019 acara Pecut berpasukan
Mohammad Shah Firdaus pernah tewaskan Datuk Azizulhasni
Tahukah anda? Pelumba basikal trek negara ini pernah mengetepikan cabaran rakan senegara yang juga juara bertahan, Datuk Azizulhasni Awang untuk merangkul emas acara keirin lelaki dalam Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia pada Tahun 2021.
Rujukan : Sinarharian
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.