BKM Fasa 1: Tarikh Bayaran Bagi Penerima Bank Simpanan Nasional (BSN). Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima.
Menurut Perdana Menteri, ia merangkumi 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.
TARIKH BAYARAN BAGI PENERIMA BANK SIMPANAN NASIONAL
Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak), bayaran akan mula diterima pada:
- 30 Mac 2022
KATEGORI PENERIMA BKM FASA 1 & JUMLAH BAYARAN
Kategori Isi Rumah
- Pendapatan RM2,500 dan ke bawah:
- Tiada anak: RM1,000
- 1 – 2 anak: RM1,500
- Anak melebihi 3: RM2,000
- Pendapatan RM2,501 – RM5,000:
- Tiada anak: RM400
- 1 – 2 anak: RM600
- Anak melebihi 3: RM800
Kategori Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan
- Pendapatan RM5,000 dan ke bawah:
- Tiada anak: RM600
Kategori Bujang
- Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
- Tiada anak: RM350
Menurutnya, isi rumah, warga emas dan individu bujang akan menerima bayaran pada 28 Mac 2022 hingga 8 April 2022 yang akan terus dikreditkan ke akaun bank mereka.
“Bagi memastikan program BKM disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 2 Mei 2022 untuk tempoh sebulan.
“Proses ini adalah bagi mempertimbangkan semula permohonan yang tidak diluluskan, dengan memberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM.
“Kerajaan sentiasa peka dengan keperluan semasa dan akan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan sasar,” ujarnya.
Untuk rekod, BKM adalah sebuah inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan di dalam Belanjawan 2022 bagi memanfaatkan golongan B40.
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.