Berita baik bagi pekebun kecil dan penoreh getah di seluruh negara yang tidak pernah menerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT), kini anda boleh memohon bantuan BMT bagi tahun 2021 melalui Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).
Untuk pengetahuan anda, BMT merupakan bantuan yang diberikan khusus kepada pekebun kecil dan penoreh getah bagi meringankan beban mereka yang akan berhadapan dengan musim tengkujuh.
Oleh itu, bagi yang ingin membuat permohonan BMT, permohonan dibuka bermula 15 September 2021 sehingga 15 November 2021.
Kadar Bantuan Yang Diberikan
Kadar bantuan yang akan diberikan kepada setiap pekebun kecil dan penoreh getah yang berdaftar adalah sebanyak RM600.
Bantuan ini melibatkan dua kali pembayaran iaitu RM300 pada bulan November dan RM300 lagi pada bulan Disember 2021.
Syarat Kelayakan Permohonan
Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan:
Pekebun Kecil RISDA
- Pekebun merupakan warganegara Malaysia
- Pekebun kecil yang berdaftar (pemilik pengusaha) berdaftar dengan RISDA
- Keluasan tanah 0.1 sehingga 2.5 hektar
- Pemilik tanah yang sah
- 1 lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja
Penoreh Bukan Pemilik
- Penoreh merupakan warganegara Malaysia
- Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
- Pengesahan pemilik tanah yang sah
- 1 lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah.
Cara Membuat Permohonan
Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan BMT 2021
Untuk membuat permohonan bagi yang belum pernah menerima BMT, anda bolehlah membuat permohonan di pejabat RISDA yang berhampiran.
Anda perlu membuat tempahan temujanji 3 hari sebelum anda datang ke pejabat RISDA
Senarai no telefon untuk membuat tempahan anda boleh rujuk DI SINI
Semakan & Kemaskini Maklumat BMT
Bagi penerima BMT 2020, anda hanya perlu membuat semakan dan kemaskini maklumat dengan:
- Melayari laman web RISDA di https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakan/
- Isikan no kad pengenalan dan tekan butang “Submit”
- Kemaskini maklumat nombor telefin dan akaun bank
- Tekan butang “Submit” untuk membuat penghantaran
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi pihak RISDA di talian 03-4256 4022
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.