BPN 2.0: Jadual pembayaran Rasmi BPN 2.0 ~ Pembayaran Bermula Hari Ini 21 Januari 2021

Kongsikan Artikel Ini

jadual%2Bbpn%2B2

image%2Btele

Hari ini 21 Januari 2021  bersamaan hari khamis merupakan hari pembayaran BPN 2.0 bagi penerima baharu dan yang lama. 


Pembayaran ini dipercepatkan berikutan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri tempoh hari berkaitan dengan pkp 2.0. Justeru itu, diharapkan agar dengan adanya pembayaran bpn 2.0 bermula hari ini, sedikit sebanyak akan meringankan beban rakyat yang memerlukan. 


Jadi, mari tengok tarikh rasmi pembayaran bpn 2.0:

Cara Semakan BPN 2.0 Fasa Kedua

Namun demikian, terlebih dahulu anda perlu untuk menyemak permohonan anda sama ada diluluskan ataupun tidak. 

Semakan kelulusan BPN 2.0 bagi yang membuat rayuan boleh dibuat di portal rasmi Bantuan Prihatin Nasional
Berikut merupakan langkah untuk membuat semakan:
  • Layari laman web BPN di bpn.hasil.gov.my.
  • Kemudian, Masukkan nombor IC anda
  • Seterusnya, Isi kod captcha yang diminta
  • Akhir sekali, Maklumat pembayaran BPN 2.0 akan dipaparkan

Jadual Pembayaran BPN 2.0 Bulan Januari


Anda perlu faham bahawa tarikh pembayaran adalah berbeza-beza. Justeru, pembayaran akan dilakukan secara berperingkat.


1) Penerima B40

  • Kepada penerima B40 bagi fasa 2 dan penerima baharu anda akan dibayar bermula 21 Januari 2021
  • Pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank anda.

2) Penerima M40

  • Kepada penerima M40 untuk fasa 2 dan penerima baharu anda akan dibayar mulai 25 Januari 2021.
  • Pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank anda.

3) Penerima tanpa akaun bank

  • Jika anda penerima BPN 2.0 sama ada fasa 2 atau penerima baharu tetapi tidak mempunyai akaun bank, anda akan dibayar bermula 25 Januari 2021.
  • Pembayaran akan dilakukan melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan anda dengan menggunakan kad pengenalan atau nombor baucar.

4) Penerima di Sabah dan Sarawak

  • Jika anda menetap di Sabah dan Sarawak serta tidak memiliki akaun bank, pembayaran akan bermula pada awal bulan Februari sehingga 1 April 2021.
  • Lokasi pengambilan wang akan diumumkan pada akhir Januari nanti.

Jadual Pembayaran & Kenyataan Rasmi Menteri Kewangan Malaysia Tentang BPN 2.0

jadual%2B%2Bbpn%2B2.0
jadual%2Bbpn%2B2.0%2B1

Jumlah Bayaran BPN 2.0 Mengikut Kategori

lampiran%2Bbpn%2B1


Maklumat Lanjut


Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut tentang semakan BPN, sila hubungi Hotline Kementerian Kewangan Malaysia atau LHDNM di talian berikut:
Kementerian Kewangan Malaysia:

  • 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 03-8882 9191 / 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • LHDNM
  • 1-800 882 747 / 03-8911 1000

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda.

Kongsikan Artikel Ini