BPR 2021: Mohon & Kemaskini Dibuka 15 Januari hingga 15 Februari 2021

Kongsikan Artikel Ini

Permohonan%2BBaharu%2BBPR%2BTahun%2B2021

Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan

Tahukah anda Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) telah diumumkan oleh kerajaan Malaysia untuk menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) dalam Pembentangan Bajet Belanjawan 2021. Bantuan yang diberikan kali ini adalah lebih bersasar kepada golongan yang benar-benar layak dan bertujuan untuk membantu kehidupan para rakyat yang terjejas.


Sebentar tadi, laman web rasmi Bantuan Prihatin Rakyat memaparkan bahawa permohonan dan kemaskini telah dibuka bermula hari ini, 15 Januari 2021 sehingga 15 Februari 2021.

Kami di Mingguankerja akan berkongsi kepada anda beberapa penambahbaikan untuk bantuan ini bagi anda menyemak butiran lengkap anda bagi maklumat bantuan ini.

PERMOHONAN%2BBPR%2B2021

Semakan Jumlah Kelulusan Bantuan BPR 2021



Berikut kami kongsikan senarai kategori yang menerima bantuan prihatin rakyat kali ini

Isi Rumah B40 (Gaji bawah RM2,500)
  • JUMLAH ANAK                JUMLAH BAYARAN
  • 1 orang anak                     RM1,200
  • 2 orang anak atau lebih     RM1,800
Isi Rumah B40 (Gaji RM2,501 hingga RM4,000)
  • JUMLAH ANAK                JUMLAH BAYARAN
  • 1 orang anak                     RM800
  • 2 orang anak atau lebih     RM1,200
Isi Rumah M40 (Gaji RM4,001 hingga RM5,000)
  • JUMLAH ANAK                   JUMLAH BAYARAN
  • 1 orang anak                        RM500
  • 2 orang anak atau lebih        RM750

Bantuan Prihatin Rakyat BPR Bujang

Bagi anda yang berumur 21 tahun ke atas dan anda mempunyai gaji di bawah RM2,500 setiap bulan, jumlah bayaran yang anda akan terima bagi Bantuan Prihatin Rakyat sebanyak RM350

Permohonan BPR 2021 Online



  • Pemohon disarankan untuk membuat permohonan secara dalam talian berikutan pandemik Covid-19 dan bagi memastikan pematuhan prosedur pencegahan Covid-19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk penjarakan sosial.
  • Pemohon perlu membuat Kemas Kini adalah:

  1. Pemohon BSH 2020 atau BPN 2.0 yang lulus

  • Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu adalah:

  1. Pemohon yang tidak menerima Bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah

  • Maklumat BPR 2021 yang akan menyusul untuk paparan dan sebagai informasi kepada umum adalah seperti berikut:
  1. Permohonan secara dalam talian
  2. Panduan Pengguna bagi permohonan dalam talian
  3. Borang Permohonan BPR 2021 Yang Boleh Dimuat turun
  4. Panduan Pengguna Pengisian Borang
  5. Soalan Lazim (FAQ)

Permohonan BPR 2021 Manual

Rujuk sini: BORANG BPR 2021


Kongsikan Artikel Ini