Seperti yang diketahui umum, kerajaan akan memberikan BPR Tambahan kepada isi rumah dan individu yang layak menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat & Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus).
Bagi mereka yang telah lulus rayuan, pembayaran bermula sejak 28 September lagi bagi bank BSN, manakala untuk bank-bank lain akan bermula pada 4 Oktober 2021.
Untuk makluman anda, Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 31 Mei lalu telah mengumumkan bantuan terbaharu kepada rakyat Malaysia iaitu PEMERKASA Plus untuk membatu mereka yang terjejas akibat pelaksaan PKP 3.0.
Melalui PEMERKASA Plus, terdapat 3 matlamat utama yang ditumpukan iaitu:
- Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam
- Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat
- Menyokong Kelangsungan Perniagaan
Dan di dalam matlamat kedua iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan BPR Tambahan kepada isi rumah dan individu yang layak.
Jumlah Bayaran BPR Tambahan 2021
Berikut adalah jumlah bayaran tambahan yang telah diumumkan
- Isi Rumah Bawah RM2,500 – RM500
- Isi Rumah Bawah RM5,000 – RM300
- Bujang – RM100
Untuk makluman anda, bayaran ini merupakan tambahan sebanyak RM2.4 Bilion kepada fasa bayaran terakhir BPR Fasa 3 pada bulan September nanti.
Tarikh Pembayaran
Bayaran mengikut amaun setiap kategori telah dikreditkan ke akaun penerima pada 29 Jun 2021.
Bayaran ini adalah bayaran tambahan daripada keseluruhan bayaran berfasa yang ketika ini masih berlangsung.
Tarikh Bayaran Bagi Penerima Yang Lulus Rayuan BPR
Bagi penerima yang lulus rayuan BPR, bayaran akan dibuat bermula 28 September 2021 bagi yang mempunyai akaun bank BSN dan 4 Oktober 2021 bagi bank-bank yang lain.
Bagi penerima yang lulus rayuan namun gagal kredit, penunaian secara tunai juga akan bermula pada 4 Oktober ini.
Cara Membuat Semakan
Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan status kelulusan dan maklumat pembayaran:
- Log masuk ke laman web BPR di https://bpr.hasil.gov.my/
- Tekan butang “Semak Status”
- Dan status bayaran / permohonan akan dipaparkan
Status Gagal Kredit / Pembayaran Tunai BPR Di BSN
Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau gagal kredit, pembayaran tunai bolegh dituntut di BSN dengan membawa kad pengenalan ketika hadir ke kaunter.
Jika melalui wakil, hanya wakil yang didaftarkan sahaja boleh mewakilkan penerima bagi penunaian ini.
Maklumat lanjut boleh menghubungi BSN di talian 1-300-88-1900.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan permasalahan berkaitan BPR anda boleh melayari laman web BPR di https://bpr.hasil.gov.my/
Atau
Menghubungi LHDNM di talian 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9:00 Pagi – 5:00 Petang)
Menghubungi MoF di talian 03-8882 4565 (Waktu Operasi: 9:00 Pagi – 5:00 Petang)
Atau anda boleh rujuk FAQ di bawah
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.