BUDI Sabah : Permohonan Bantuan Tunai RM2000 Untuk Pelajar IPT 2024

Kongsikan Artikel Ini

BUDI Sabah – Kerajaan Negeri Sabah telah mengumumkan penawaran Bantuan Tunai Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi (BUDI) bagi memberikan sokongan kewangan kepada pelajar Sabah yang memenuhi syarat kelayakan.

Insentif khas ini adalah untuk membantu pelajar dari negeri Sabah yang ingin meneruskan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan.

Bantuan BUDI Sabah ini bertujuan untuk membantu mereka dalam proses pendaftaran dan meringankan beban kewangan semasa melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi.

Pengenalan Bantuan BUDI Sabah 2024

Dalam usaha memperkasakan pendidikan di negeri Sabah, kerajaan negeri telah memperkenalkan Program Bantuan Budi Sabah. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi sesi 2024.

Dengan pelbagai cabaran kewangan yang dihadapi oleh banyak keluarga, bantuan ini diharapkan dapat meringankan beban dan memberi peluang kepada lebih ramai pelajar untuk meneruskan cita-cita mereka dalam pendidikan tinggi.

Untuk tahun ini, bantuan ini akan terus dipertimbangkan dan diluluskan hingga akhir tahun dengan sasaran lebih daripada 6,000 pelajar.

Budi Sabah
BUDI Sabah : Permohonan Bantuan Tunai RM2000 Untuk Pelajar IPT 2024 6

Artikel berkaitan : BAIK Sabah – Bantuan Komputer Riba Percuma Pelajar Sabah 2024

Baik Sabah
BUDI Sabah : Permohonan Bantuan Tunai RM2000 Untuk Pelajar IPT 2024 7

Kadar Bantuan BUDI Sabah

Jumlah bantuan yang diberikan kepada pelajar IPT yang berkelayakan secara one-off adalah pada kadar berikut:

  1. Diploma/Foundation/Matrikulasi : RM1,500
  2. Ijazah Sarjana Muda : RM2,000

Siapa Yang Layak Memohon?

Permohonan Bantuan Budi Sabah terbuka kepada pelajar yang memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia yang berasal dari negeri Sabah dan berumur tidak lebih dari 25 tahun serta ibu-bapa pemohon atau penjaga mestilah dari golongan B40 dan M40.
  • Pemohon yang sudah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian di mana-mana Institut Pengajian Tinggi sepenuh masa bagi kemasukan pertama. Ini termasuk institusi awam dan swasta yang diiktiraf oleh kerajaan
  • Permohonan mesti disertakan dengan salinan Surat Beranak (pemohon serta ibu dan bapa), Kad Pengenalan/Sijil Cerai/Sijil Kematian (pemohon serta ibu dan bapa), Slip Gaji ibu dan bapa atau Surat Pengesahan Bekerja, Surat Tawaran Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT), dan Surat Pengesahan Kemasukan daripada institusi pengajian pemohon.
  • Bantuan sebanyak RM 1,500 diberikan untuk Peringkat Pengajian Diploma/Asasi dan Matrikulasi, sementara RM 2,000 diperuntukkan bagi Ijazah Sarjana Muda.

Tarikh Permohonan

Permohonan untuk bantuan tunai pendaftaran institusi pendidikan tinggi (IPT) secara one-off kini dibuka kepada semua pemohon yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

Seperti yang telah dilakukan pada tahun-tahun sebelumnya, proses pemberian bantuan ini dijangka akan bermula pada penghujung tahun ini.

Cara Memohon

BUDI SABAH
BUDI Sabah : Permohonan Bantuan Tunai RM2000 Untuk Pelajar IPT 2024 8

Pelajar yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui pautan berikut: https://budi.sabah.gov.my/

Dokumen Diperlukan

Pelajar yang memohon perlulah sediakan bersama dokumen sokongan seperti yang disenaraikan di bawah:

  • Salinan surat beranak (pemohon & ibu bapa/penjaga)
  • Silinan kad pengenalan / sijil penceraian / sijil kematian (pemohon dan ibu bapa / penjaga)
  • Salinan penyata gaji ibu bapa / penjaga (jika bekerja) atau surat pengesahan pendapatan daripada Pegawai Daerah / Ketua Kampung
  • Salinan slip keputusan SPM/STPM/STAM/Diploma
  • Salinan surat tawaran kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berkenaan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI Sabah), sila hubungi melalui maklumat berikut:

Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas
Aras 29, Blok A, Pejabat Pentadbiran Negeri Sabah
Jalan Sulaman, Teluk Likas
88400 Kota Kinabalu

Telefon : 088-369872

Laman Web Rasmi : https://mttk.sabah.gov.my/

Baca juga :


Kongsikan Artikel Ini