Cara Buka Akaun ASB Online Dengan Mudah Tahun 2024

Kongsikan Artikel Ini

Cara Buka Akaun ASB Online Melalui Aplikasi MyASNB Sahaja. Pembukaan akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) kini semakin mudah.

Dengan pelbagai cara yang disediakan, anda kini tidak perlu beratur panjang dan keluar ke kaunter cawangan ASB lagi untuk membuka akaun.

Hari ini, anda kini boleh membuka akaun ASB secara atas talian melalui aplikasi MyASNB!

Berikut beberapa maklumat penting yang kami kongsikan berkenaan cara nak buka akaun ASB secara atas talian melalui portal MyASNB.

Pengenalan Amanah Saham Berhad (ASB)

Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah salah satu instrumen pelaburan yang popular dan diyakini di Malaysia, terutamanya dalam kalangan masyarakat Bumiputera.

ASB merupakan satu tabung unit amanah yang dikendalikan oleh ASNB iaitu merupakan syarikat pengurusan unit amanah. ASB ditubuhkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan matlamat untuk menggalakkan simpanan dan pelaburan di kalangan Bumiputera.

Baca Juga : Cara Simpan Duit ASB Online Tanpa Perlu Ke Kaunter

Apakah MyASNB?

MyASNB ialah sebuah aplikasi dan platform dalam talian yang disediakan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) untuk memudahkan pelabur mengurus dan memantau pelaburan mereka dalam produk-produk ASNB, termasuk Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Aplikasi ini dicipta untuk memberikan kemudahan kepada pengguna, memudahkan proses pelaburan dan meningkatkan pengalaman pelabur.

Berikut merupakan beberapa kemudahan utama yang disediakan oleh MyASNB:

  • Pelaburan tambahan terus ke dalam akaun unit amanah ASNB secara percuma;
  • Penetapan pelaburan secara automatik menerusi Auto Labur;
  • Menyemak rekod urus niaga dan baki pelaburan yang terkini;
  • Mengemaskini maklumat peribadi dengan mudah; dan
  • Menyelia akaun pelaburan anak berusia 18 tahun ke bawah untuk penjaga berdaftar.
  • Pengeluaran pelaburan unit amanah ASNB
  • Untuk menggunakan aplikasi myASNB, pelabur perlu terlebih dahulu mengemaskini nombor telefon di mana-mana Cawangan atau melalui Ejen ASNB sebelum mendaftar di www.myasnb.com.my

MyASNB telah menyediakan kemudahan yang lengkap dan efisyen untuk pengurusan pelaburan dalam ASNB.

Dengan ciri-ciri yang mudah digunakan dan akses yang fleksibel, MyASNB menjadi pilihan utama bagi pelabur yang ingin mengurus pelaburan mereka dengan lebih baik dan berkesan.

asnb 1024x1024 1
Cara Buka Akaun ASB Online Dengan Mudah Tahun 2024 9

Cara Buka Akaun ASB / Daftar ASNB Secara Online

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuka akaun ASB secara atas talian melalui aplikasi MyASNB:

Langkah 1 : Muat Turun Aplikasi MyASNB

  1. Akses Play Store atau App Store:
    • Bagi pengguna Android, cari “MyASNB” di google Play Store
    • Bagi penguna IOS, cari “MyASNB” di Apple Store.
  2. Muat turun dan install aplikasi tersebut ke dalam telefon pintar anda
Cara buka akaun asb
Cara Buka Akaun ASB Online Dengan Mudah Tahun 2024 10

Langkah 2 : Daftar Akaun

  1. Buka Aplikasi : Setelah aplikasi dimuat turun, buka aplikasi MyASNB.
  2. Pilih “Daftar” : Pada skrin utama, cari dan pilih pilihan untuk mendaftar akaun baru.
  3. Masukkan Maklumat Diri : Anda perlu mengisi maklumat peribadi seperti;
    • Nombor kad pengenalan
    • Nama penuh
    • Nombor telefon
    • Alamat emel
  4. Set Kata Laluan : Cipta kata laluan yang selamat untuk akaun anda.
Cara buka akaun asb
Cara Buka Akaun ASB Online Dengan Mudah Tahun 2024 11

Langkah 3 : Sahkan Identiti

  1. Pengesahan ID : Anda mungkin perlu memuat naik gambar kad pengenalan dan mungkin juga gambar diri untuk proses pengesahan.
  2. Ikut Arahan : Ikuti arahan yang diberikan dalam aplikasi untuk meneruskan proses pengesahan.
Cara buka akaun asb
Cara Buka Akaun ASB Online Dengan Mudah Tahun 2024 12

Langkah 4 : Tunggu Pengesahan

  1. Proses Pengesahan : Tunggu pengesahan daripada pihak ASNB. Ia mungkin mengambil masa sedikit lama, jadi mohon bersabar.
  2. Notifikasi : Anda akan menerima notifikasi melalui emel atau dalam aplikasi setelah proses pengesahan selesai.
11
Cara Buka Akaun ASB Online Dengan Mudah Tahun 2024 13

Langkah 5 : Aktifkan Akaun

  1. Log Masuk : Setelah akaun anda berjaya disahkan, log masuk ke aplikasi menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah anda cipta.
  2. Semak Status : Pastikan akaun anda telah diaktifkan.

Langkah 6 : Mulakan Pelaburan

  1. Pelaburan : Setalah akaun berstatus aktif, anda boleh membuat pelaburan, menyemak penyata dan menguruskan akaun anda secara dalam talian.
  2. Transaksi : Ikuti langkah-langkah dalam aplikasi untuk melakukan transaksi yang diingini seperti melabur atau memindahkan wang.
kkk
Cara Buka Akaun ASB Online Dengan Mudah Tahun 2024 14

Dengan cara yang mudah ini, anda dapat memulakan pelaburan dan merancang masa depan kewangan anda dengan lebih baik. Jangan lepaskan peluang untuk menyimpan dan melabur dalam ASB!

Selamat mencuba!

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut atau memerlukan bantuan, anda boleh menghubungi pusah khidmat pelanggan ASNB atau melayari laman web rasmi mereka di pautan https://www.myasnb.com.my/


Kongsikan Artikel Ini