FASA KEMASKINI UPUONLINE 2023/ 2024
Cara Kemaskini UPUOnline Sesi Akademik 2023/ 2024
Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) telah mengeluarkan hebahan Fasa Kemaskini UPUOnline bagi Sesi Akademik 2023/ 2024.
Bermula 10 Jun 2023 jam 12.00 tengah hari sehingga 13 Jun 2023 jam 5.00 petang, pemohon dari kalangan lepasan SPM 2022 boleh melakukan kemaskini pilihan program pengajian yang LAYAK bersandarkan keputusan SPM 2022.
Berikut adalah panduan lengkap cara pengemaskinian UPU 2023/2024 untuk rujuan semua calon.
Cara Kemaskini UPUOnline 2023/ 2024
Panduan kemaskini UPUOnline adalah seperti berikut:
Layari laman web http://upu.mohe.gov.my/
Pastikan anda melayari laman web rasmi UPUOnline.
Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan
Masukkan No. Kad Pengenalan & Kata Laluan kemudian tekan ‘Log Masuk’
Klik pada butang “Kemaskini”
Klik pada butang borang untuk tujuan kemaskini.
Kemaskini program pengajian
Berdasarkan jumlah slot pilihan yang disediakan, pilih Universiti/ Matrikulasi anda.
Selesai
Sahkan pilihan anda & download slip permohonan
Sekiranya calon lupa kata laluan upu, sila klik butang ‘lupa kata laluan’ dan ikuti prosedur untuk set semula kata laluan baharu.
Calon boleh mengemaskini pilihan program pengajian kecuali yang telah dipanggil ujian atau temuduga.
- Calon boleh membuat kemaskini tanpa had sepanjang tempoh kemaskini dibuka.
- Namun, calon perlu memastikan kemaskini maklumat hanya dilakukan oleh calon sendiri tanpa penglibatan mana mana pihak ketiga.
- BKPA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesilapan maklumat yang direkodkan.
- Calon juga dinasihatkan untuk mencetak/ menyimpan slip permohonan setiap kali melakukan kemaskini permohonan.
- Calon hanya perlu login UPUOnline seperti biasa, kemudian klik pautan SLIP pada sebelah kanan laman. Seterusnya, slip permohonan akan dipaparkan dalam format PDF.
- Calon boleh cetak terus atau menyimpan/save fail PDF tersebut dalam komputer anda.
Baca Juga:
- Cara Semak Keputusan SPM Online myresultspm.moe.gov.my 2023
- MUET Sesi 1 2023: Tarikh & Cara Semakan Keputusan Online
Fasa Kemaskini UPUOnline
BKPA telah menetapkan tempoh 3 hari untuk calon melakukan kemaskini:
DIBUKA 10 JUN 2023 (SABTU) | JAM 12:00 TENGAH HARI
TERBARU: “Kementerian Pendidikan Tinggi telah mempercepatkan proses untuk membantu calon membuat pilihan”
DITUTUP 13 JUN 2023 (SELASA) | JAM 05:00 PETANG
NOTA:
- Tapisan bagi syarat Khas Program Pengajian hanya disediakan untuk calon yang telah memohon pada FASA 1 sahaja.
- Calon diingatkan agar melakukan SEMAKAN syarat Khas Program Pengajian pada e-Panduan sebelum melakukan pilihan program pengajian di UPUOnline.
Apa Itu Fasa Kemaskini UPUOnline
Maksud UPU/ Maksud Fasa Kemaskini UPUOnline dapat disimpulkan melalui pengertian berikut:
Pemohon kategori SPM/ STPM/ STAM dan Setaraf boleh mengemaskini pilihan program pengajian berdasarkan keputusan sebenar atau keputusan penuh bagi pemohon kategori Matrikulasi/ Asasi.
Pemohon bagi kategori SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi dan STAM boleh melakukan kemaskini semua pilihan program pengajian kecuali program pengajian yang telah dipanggil bagi sesi temuduga. Pada Fasa pengemaskinian UPUOnline ini, tiada lagi pilihan program pengajian bertemuduga.
Pemohon bagi kategori Diploma/ Setaraf, hanya boleh mengemaskini keputusan dan memuat naik dokumen sahaja (seperti sijil MUET) tanpa kemaskini pilihan program pengajian.
Bagi permohonan upu online fasa 2, sebarang maklumat terkini hendaklah dirujuk kepada pihak BPKP JPT dari masa ke semasa.
Proses & Pemilihan Calon Yang Layak
- Calon yang memilih program pengajian bertemuduga akan diproses dan dihantar kepada Universiti Awam (UA) bagi tujuan saringan dan pemilihan.
- Calon perlu menghadiri ujian atau temuduga pada tarikh, masa dan lokasi yang akan ditetapkan pihak Universiti Awam (UA).
- Ujian MEdSI atau panggilan temuduga adalah berdasarkan keputusan peperiksaan Semester 1 bagi pemohon Matrikulasi atau Asasi.
- Surat rasmi panggilan temuduga akan dikeluarkan oleh Universiti Awam (UA) melalui laman web universiti/ e-mel kepada calon/ pautan pada laman web UPU.
Surat Tawaran ke Universiti/ Matrikulasi
- Tarikh semakan UPU Online 2023 akan dihebahkan oleh pihak BPKP JPT.
- Pihak Universiti/ Matrikulasi akan mengeluarkan Surat Tawaran Rasmi selang sehari selepas keputusan UPU diumumkan melalui laman web UPU/ UA masing masing.
- Calon dikehendaki melakukan pengesahan setuju terima tawaran melalui Laman Web Universiti/ Matrikulasi dalam tempoh sepuluh (10) hari sejurus keputusan permohonan diumumkan.
- Surat Tawaran hanya akan dikeluarkan setelah pemohon melakukan pengesahan setuju terima tawaran UA tersebut.
- Tawaran adalah muktamad.
Baca Juga:
- Bantuan Khas RM350 Untuk Pelajar, Belia dan Mahasiswa
- Tarikh Bayaran e-Tunai Belia Rahmah RM200 (hari bekerja)
Tips Memilih Program Pengajian Universiti/ Matrikulasi
Berikut dikongsikan tips memilih universiti dan kursus yang sesuai:
- Kaji potensi & prospek kerjaya
- Selain minat peribadi, anda perlu mempertimbangkan potensi dan prospek pekerjaan di bidang yang anda minat.
- Lakukan penelitian akan perkembangan industri semasa, permintaan pekerjaan, dan kemungkinan pertumbuhan kerjaya di bidang yang anda gemar.
- Pilih program pengajian yang sesuai dengan prospek pekerjaan yang menarik bagi anda.
- Kenalpasti kekuatan dan kelemahan
- Perhatikan kekuatan dan kelemahan anda dalam hal akademik dan kokurikulum.
- Contohnya, jika Anda memiliki kebolehan matematik yang baik, mungkin anda boleh mempertimbangkan untuk memilih program pengajian yang melibatkan komponen matematika yang signifikan.
- Namun, penting jgua untuk mengasah keterampilan lain yang mungkin anda kurang miliki.
- Jangan takut untuk keluar dari zon selesa anda, tetapi juga jangan pula memilih program yang terlalu jauh dari kemampuan, kapasiti dan minat anda.
- Pertimbangkan keperluan dan syarat kelayakan
- Sudah tentu, setiap program pengajian memiliki keperluan dan syarat kelayakan tersendiri.
- Pastikan Anda memahami syarat tersebut dan pastikan bahawa anda memenuhi kriteria yang diperlukan.
- Bahkan, perhatikan apakah ada syarat tambahan seperti ujian atau temuduga.
- Hal ini bakal membantu anda mengelakkan kekecewaan serta memastikan anda memenuhi semua syarat untuk diterima pada program pilihan anda.
- Perbandingan universiti atau matrikulasi
- Akhir sekali, lakukan perbandingan pelbagai faktor antara universiti atau matrikulasi yang menawarkan program yang anda minat.
- Perhatikan reputasi dan kredibiliti institusi merangkumi kurikulum, fakulti, fasiliti, lokasi, serta faktor lain yang penting bagi anda.
- Pertimbangkan juga kos pendidikan, bantuan kewangan, dan biasiswa yang mungkin tersedia. Pilihlah institusi yang sesuai dengan keperluan dan kecenderungan anda.
Baca Juga: Cara Mohon Tajaan Biasiswa Pengajian Tinggi
Dengan mengikuti tips dan panduan ini, sudah pasti anda dapat membuat keputusan yang lebih cekap tentang program pengajian yang sesuai untuk anda setelah SPM.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau masalah berbangkit berkaitan UPUOnline, boleh hubungi pihak UPUOnline melalui:
Hotline UPU: 03-86842363
Maklumbalas UPU: https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
E-mel: [email protected]
UPUChat: https://upuchat.org/
Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Media Sosial Rasmi UPUOnline (BPKP JPT)
Untuk mendapatkan informasi terpantas sejurus hebahan dibuat, sila ikuti:
Jangan Lupa Ikuti di Media Sosial Rasmi UPUOnline :~
- TikTok : @bkpaupu
- Facebook : kemasukan bkpa jpt
- Telegram : UPUONLINE CHANNEL
- Instagram : @kemasukanbkpa
- YouTube : bkpaUPU
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.