Sebuah organisasi kemanusiaan, Tzu Chi Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya telah melancarkan program bantuan “Kita1Keluarga” bagi membantu golongan keluarga miskin yang mempunyai masalah kewangan akibat pandemik COVID-19 dengan menyediakan sumbangan merupakan bantuan kewangan selama tiga bulan berturut-turut bermula bulan September hingga November.
Syarat-Syarat Permohonan
Sebelum membuat sebarang permohonan, berikut adalah syarat-syarat kelayakan seperti :
- Berwarganegara Malaysia
- Menetap di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya
- Jumlah pendapatan keluarga sebelum wabak adalah tidak melebihi RM3,000 ; jumlah pendapatan perseorangan adalah tidak melebihi RM1,500 (jika hanya seorang sahaja isi rumah).
- Pendapatan isi rumah terjejas disebabkan wabak.
- Tiada akses ke SOCSO EIS.
- Tidak menerima bantuan tunai dari NGO termasuk Tzu Chi pada masa permohonan. (Penerima subsidi kerajaan, seperti JKM, Bantuan Prihatin dan Bantuan Sara Hidup adalah layak membuat permohonan).
Jumlah Bantuan
Bantuan ini akan diberikan secara tunai iaitu sebanyak RM500 sehingga RM800 sebulan selama 3 Bulan. (September-November)
Tarikh Permohonan
Permohonan untuk bantuan ini telah dibuka pada 12 Julai dan keputusan akan diumumkan pada 17 Ogos 2020.
Borang Permohonan
Bagi membuat permohonan, anda perlu :
- Muat turun borang permohonan terlebih dahulu.
- Isikan maklumat yang diminta.
- Masukkan VERIFICATION CODE.
- Klik SUBMIT setelah siap mengisi semua maklumat.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.
No comment
Bagaimana saya ingin memohon yer
Bagaimana hendak mohon
Masih buka lagi ke, bagaimana hendak mohon
Hi can I know how to apply this???
link to fill forms?
Macam mana nak muat turun borang tersebut? Kenapa tak terus bagi "link" untuk download borang?
nak mohon