Cara Mohon Bantuan Pelajar Sabah BAKTI RM200, BUDI RM2,000 & 10,000 Komputer Riba

Kongsikan Artikel Ini

Bantuan%2BKhas%2BPelajar%2BSabah%2B2021%2B%25281%2529

image

Berita baik untuk anak-anak Sabah terutamanya para pelajar sekolah dan pelajar universiti. Terdapat banyak bantuan terkini untuk anak-anak Sabah yang diumumkan oleh Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah untuk anak-anak Sabah.


Terdapat tiga jenis bantuan untuk para pelajar. Antaranya, Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI), Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One Off (BUDI) dan Bantuan Ihsan Komputer  (BAIK). 





Kami kongsikan kepada anda maklumat terperinci bantuan ini.

BANTUAN KHAS TUNAI PEPERIKSAAN (BAKTI)

Para pelajar akan menerima bantuan sebanyak RM200 Setiap Seorang.

Syarat Bantuan

  • Pelajar-pelajar warganegara berasal dari Sabah yang mengambil peperiksaan SPM, STPM dan STAM di penghujung tahun 2021.
  • Ibu bapa atau penjaga dalam golongan B40 dan M40 dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah.
  • Pelajar tidak perlu memohon tapi akan dikenalpasti dan dibayar melalui sekolah masing-masing di seluruh negeri Sabah.
  • Bayaran akan dibuat sebelum peperiksaan berkenaan dilaksanakan (Mei ke atas)
IMG 20210311 WA0007

BANTUAN TUNAI PENDAFTARAN IPT SECARA ONE OFF (BUDI)

Para pelajar akan menerima bantuan sebanyak RM2,000 seorang.

Syarat Bantuan

  • Terbuka kepada pelajar melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta Tahun 2021 untuk kemasukan kali pertama ke IPT di seluruh Malaysia (Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia) dan diiktiraf oleh kerajaan.
  • Warganegara Malaysia berasal dari Negeri  Sabah  berumur tidak lebih 25 tahun.
  • Ibu dan bapa pemohon atau penjaga tergolong dalam B40 dan M40 dengan pendapatan RM5,000.00 dan ke bawah. 
  • Pelajar telah mendapat tajaan Biasiswa Kerajaan Negeri atau mana-mana institusi lain adalah tidak layak mendapat bantuan ini (disahkan oleh IPT tempat pelajar belajar).
  • Mendapat pengesahan kemasukan (telah mendaftar di IPT tempat beliau belajar.
  • Tarikh tutup permohonan pada 30 Oktober 2021.

Cara Permohonan

Layari laman web https://budi.sabah.gov.my/login.php untuk membuat permohonan.

IMG 20210311 WA0008


BANTUAN IHSAN KOMPUTER (BAIK)

10,000 buah komputer riba untuk fasa 1.

Syarat Bantuan

  • Pelajar-pelajar warganegara berasal dari Sabah yang mengambil peperiksaan SPM, STPM dan STAM di penghujung tahun 2021.
  • Ibu bapa atau penjaga dalam golongan e-Kasih Miskin Tegar.
  • Satu komputer Untuk satu Ketua Isi Rumah (KIR)
  • Pelajar tidak perlu memohon, tapi akan dikenalpasti dan diagih melalui sekolah masing-masing di seluruh negeri Sabah.
IMG 20210311 WA0009


Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan anda boleh hubungi:

  • Puan Rosni Leong – 088 369 865
  • Puan Mary – 088 369890/ 088 369872

Atau layari https://mttk.sabah.gov.my/


Kongsikan Artikel Ini