Cara Mohon Bantuan RM500 Untuk B40 2021

Kongsikan Artikel Ini

Bagi golongan B40 yang tinggal di Wilayah Persekutuan yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, anda boleh untuk memohon bantuan melalui Bantuan Zakat Kecemasan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan MAIWP 3.0.
Tujuan utama bantuan zakat ini diwujudkan adalah bagi meringankan beban orang ramai terutamanya golongan B40 di Wilayah Persekutuan sama ada di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang terkesan akibat daripada penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan PKP 3.0.
Kami kongsikan kepada anda maklumat terkini cara untuk memohon bantuan zakat RM500 B40 ini.


Jumlah Bantuan Zakat MAIWP

Pemohon daripada golongan B40 yang layak akan menerima bantuan kecemasan one-off sebanyak RM500 daripada pihak MAIWP.
__________________________________________________________________________

Anda mungkin berminat pada artikel ini
_________________________________________________________________________

Tarikh Permohonan

Permohonan bantuan kecemasan ini telah mula dibuka secara online mulai 15 Jun hingga 30 Jun 2021.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan oleh pihak MAIWP bagi pemohon yang ingin memohon bantuan zakat kecemasan ini adalah seperti berikut:
  • Pemohon adalah merupakan golongan B40 yang mana pendapatan mereka terjejas.
  • Pemohon mestilah tinggal di Wilayah Persekutuan sama ada di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
  • Pemohon tidak tergolong dalam penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP.
  • Pemohon adalah bukan penerima Bantuan Kecemasan Covid-19 2.0.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
  • Layari laman web https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/ez-zakat/app_Login/
  • Klik bahagian ‘Sila semak dalam senarai penerima’ dan masukkan nombor kad pengenalan serta klik butang ‘semak’
  • Jika tiada dalam senarai penerima, anda boleh melakukan permohonan baharu.
  • Klik pada bahagian ‘Pengguna Baru’, isikan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar’.
  • Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  • Di bahagian maklumat pemohon, isikan maklumat yang diperlukan.
  • Pemohon juga perlu memuat naik dokumen yang diperlukan.
  • Kemudian, klik bahagian ‘Hantar Bantuan Permohonan’.
  • Kemudian klik butang ‘Hantar Permohonan’.



Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP


Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan bantuan zakat kecemasan ini, sila hubungi talian:
Kuala Lumpur: 012-518 3614 / 012-512 7614 / 019-200 7623
Putrajaya: 011-5949 6216 / 011-6303 8443
Labuan: 013-581 6066
Sumber: Fb MAIWP & salamkerjaya.com


Kongsikan Artikel Ini