Cara Mohon PSU3.0: Pekerja Terima Bantuan RM600 PERKESO

Kongsikan Artikel Ini

Permohonan%2BProgram%2BSubsidi%2BUpah%2B2021%2B%25281%2529

image

Antara intipati yang diumumkan oleh Perdana Menteri ketika perutusan khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi & Rakyat Malaysia PERMAI baru baru ini adalah Program Subsidi Upah PSU3.0 iaitu bantuan khas kepada pekerja sebanyak RM600.


Program Subsidi Upah PSU3.0 ini dikawal selia oleh Pertubuhan Kebajikan Sosial PERKESO. Program ini bertujuan untuk membantu pekerja tempatan bergaji RM4,000 dan ke bawah sekaligus meringankan beban majikan pada era pandemik Covid-19, PKP dan darurat ini.



Seluruh lapisan masyarakat kini menyedari bahawa kesan daripada pandemik Covid-19 ini banyak memberikan tamparan hebat kepada sektor ekonomi negara. Justeru, pelbagai bantuan mula diumumkan dalam usaha mengekang daripada kemelesetan ekonomi ini terus parah.

Perdana Menteri melalui pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat PRIHATIN telah mengumumkan Program Subsidi Upah PSU1.0 dan kemudian edisi 2.0 melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara PENJANA.

PENGENALAN PROGRAM SUBSIDI UPAH 3.0

Ketika perutusan khas PERMAI baru-baru ini, penambahbaikan diumumkan terhadap Program Subsidi Upah bagi meringankan beban majikan ekoran daripada PKP dan darurat tahun 2021 ini.

Jika semasa pembentangan Belanjawan 2021, PSU3.0 ini hanya berfokus kepada sektor pelancongan dan peruncitan semata. Tetapi, selepas pengumuman PERMAI, PSU3.0 akan lebih menyeluruh ke seluruh sektor ekonomi yang terlibat dengan pelaksanaan PKP2.0

PERMOHONAN ONLINE PROGRAM SUBSIDI UPAH 3.0



  1. Layari laman web https://prihatin.perkeso.gov.my/
  2. Klik ‘Permohonan & Semakan’ di bahagian PSU
  3. Klik butang ‘Permohonan Baru 3.0’
  4. Pilih negeri perniagaan beroperasi dan klik butang ‘Halaman Seterusnya’
  5. Isi maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap
  6. Muat naik dokumen sokongan
  7. Setelah siap, klik butang ‘Hantar’

TEMPOH PSU3.0 & TARIKH AKHIR PERMOHONAN

Pelaksanaan bagi Program Subsidi Upah 3.0 ini adalah selama 1 bulan kepada majikan yang layak, bermula 19 Januari 2021.

Tarikh akhir permohonan yang boleh dibuat oleh majikan adalah pada 30 Jun 2021.

SYARAT KELAYAKAN PSU3.0

  • Pekerja tempatan yang berpendapatan RM4,000 dan ke bawah
  • Kadar penurunan sebanyak 30% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulanan tahun 2020 / 2021 berbanding dengan bulan yang sama pada tahun 2019 sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
  • Majikan dan pekerjanya hendaklah berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2021.
  • Majikan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM – Companies Commission of Malaysia) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 Januari 2021.
  • Bagi majikan yang menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan semua pekerja mereka yang bergaji RM4,000 dan ke bawah. Majikan dibenarkan untuk mengurangkan waktu bekerja ataupun pengurangan gaji selepas berunding dengan pekerja.


Kongsikan Artikel Ini