Cara Mudah Mohon i-Citra Menggunakan Handphone

Kongsikan Artikel Ini

Bermula hari ini, 12 Julai sehinggalah 30 September 2021, anda boleh untuk memohon i-Citra sehingga RM5,000. Ramai pemohon yang ternanti-nanti saat ini untuk mengeluarkan duit KWSP agar dapat membantu mereka meringankan beban hidup.

Kami kongsikan kepada anda cara mudah untuk membuat permohonan i-Citra menggunakan handphone.


Syarat i-Citra KWSP 

Untuk pengetahuan anda, tiada sebarang pindaan amaun dibenarkan setelah permohonan dibuat.  Justeru anda perlu berhati-hati dalam membuat permohonan pengeluaran.
  •  Semua ahli KWSP yg berumur 55 tahun ke bwh layak memohon.
  •  Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
  •  Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
  •  Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
  •  Bayaran minimum adalah RM50.
  •  Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.

Cara Mudah Mohon Pengeluaran I-Citra 

1. Klik pada PERMOHONAN
 Masukkan No Kad Pengenalan dan No Tel.


i citra%2B2

icitra%2B1



2. Anda akan diminta utk masukkan OTP (One Time Password)


icitra%2B3


 

OTP akan dihantar ke No Tel anda yg berdaftar dgn KWSP.

icitra%2B4



3. Setelah masukkan OTP, anda akan melihat AMAUN PENGELUARAN


 Klik utk memohon RM5000, klik teruskan.


icitra%2B5



Sekiranya Amaun Pengeluaran anda kurang dari RM5000 (Lain Amaun), maka AMAUN TERTERA itu adalah amaun yg layak utk anda keluarkan sahaja. (Tertakluk pd baki semasa Akaun 1+2)


 Pilih Amaun tersebut, klik teruskan.


4. Anda akan melihat JADUAL PENGELUARAN


 Pembayaran dibayar maksimum RM1000 setiap bulan selama 5 bulan, klik teruskan.

 Jadual pembayaran anda akan berbeza sekiranya amaun anda kurang dari RM5000.

icitra%2B6


5. Sila check maklumat anda.
  •  Pastikan No Akaun Bank anda betul.
  •  Pastikan Jumlah Amaun yg dipohon juga betul.
  •  Jawab 2 soalan sebelum klik teruskan. (Ikut Suka, letak alasan apa pun boleh)

6. Sahkan sekali lagi maklumat anda, jadual pembayaran dan juga akaun bank.


icitra%2B8


 Pastikan amaun pengeluaran anda adalah MAKSIMUM.


icitra%2B9


7. Klik Hantar dan Klik Cetak & Simpan Permohonan anda.

 Muat Turun utk Rujukan.

icitra%2B11

icitra%2B12


Sila pastikan amaun yg dipohon adalah betol dan maksimum kerana anda tidak boleh membuat pindaan setelah menghantar permohonan.


Maklumat Tambahan


Kongsikan Artikel Ini