Program Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) merupakan rancangan perumahan yang mensasarkan isi rumah berpendapatan sederhana atau golongan M40. Untuk makluman semua, lokasi perumahan PR1MA ini dibangunkan di pusat-pusat bandar yang utama di seluruh negara dengan unit-unit yang ditawarkan pada harga yang berpatutan.
Sebenarnya para pencarum boleh untuk menggunakan simpanan semasa dan simpanan kemudian hari bagi mendapatkan rumah PR1MA pertama yang mereka idam-idamkan. Permohonan untuk membeli rumah PR1MA melalui simpanan KWSP boleh dilakukan sebelum mencapai umur sasaran.
Kami kongsikan kepada anda cara melakukan permohonan pengeluaran KWSP untuk membeli rumah PR1MA.
Syarat Kelayakan
Hanya para pencarum dan ahli KWSP yang memenuhi syarat sahaja yang layak untuk melakukan permohonan pengeluaran simpanan KWSP untuk membeli rumah PR1MA.
- Warganegara Malaysia
- Berumur di bawah 55 Tahun
- Pembeli rumah PR1MA
- Mendapat pinjaman perumahan melalui Skim Pembiayaan Fleksibel PR1MA (SPEF)
- Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan Atau pernah membuat Pengeluaran Perumahan tetapi sudah menjual/ melepaskan hak milik harta.
Pengeluaran KWSP Untuk Membeli Rumah PR1MA
- Pengeluaran ini hanya untuk pembiayaan rumah PR1MA dan bayaran akan dikreditkan terus ke institusi kewangan.
- Jika baki di dalam Akaun 2 kurang daripada jumlah bayaran bulanan yang diminta, pihak KWSP akan membayar jumlah penuh di dalam Akaun 2 (tertakluk kepada bayaran minimum RM50).
- Kesemua pengeluaran sebelum persaraan di dalam Akaun 2 akan dihadang.
- Jika rumah anda dijual melalui prosiding halang tebus (foreclosure), hadangan ke atas simpanan Akaun 2 akan diteruskan melainkan mendapat arahan bertulis dari institusi kewangan.
- Pihak KWSP tidak bertanggungjawab untuk bayaran lambat atau tiada bayaran disebabkan tiada caruman atau akaun dibekukan.
- Setelah mencapai usia 55 tahun dan anda layak untuk membuat Pengeluaran Persaraan, anda bertanggungjawab menyelesaikan pinjaman tertunggak dengan institusi kewangan bagi kediaman PR1MA anda.
- Hadangan akan dilepaskan setelah ahli mencapai usia 55 tahun membuat pengeluaran kesemua simpanan iaitu Pengeluaran Pekerja Berpencen, Pengeluaran Hilang Upaya, Pengeluaran Kematian dan Pengeluaran Meninggalkan Negara atau mendapat arahan bertulis dari institusi kewangan.
Jumlah Pengeluaran Simpanan KWSP
- Ditentukan oleh ahli KWSP
- Tertakluk kepada perjanjian dengan institusi kewangan
- Sebahagian atau semua simpanan Akaun 2 (minimum RM50)
Cara Memohon
- Hadangan Simpanan
- Pengeluaran Perumahan PR1MA
- Penstrukturan semula
- Pembatalan Hadangan
Maklumat Tambahan
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.