Cara Mudah Mohon SPRN (Teduh) Sistem Permohonan Rumah Mampu Milik

Kongsikan Artikel Ini


SPRN%2B%2528Teduh%2529%2BSistem%2BPermohonan%2BRumah%2BMampu%2BMilik

Tahukah anda  bermula tahun 2020, anda boleh untuk memohon permohonan rumah mampu milik seperti PPR, MyHome dan rumah transit. Permohonanan tersebut hendaklah dilakukan melalui SPRN iaitu Sistem Pengurusan Perumahan Negara. 

Anda boleh untuk mendaftar permohonan SPRN melalui portal Teduh di https://teduh.kpkt.gov.my

TEDUH merupakan sebuah portal yang bertujuan untuk berkongsi maklumat dan fungsi carian berkenaan projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia. 

Salah satu modul dalam portal TEDUH ialah Sistem Pengerusan Perumahan Negara atau SPRN yang berfungsi sebagai pintu ‘one-stop centre’ bagi rakyat Malaysia yang ingin memohon program perumahan di bawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT. 

Pendaftaran Atas Talian SPRN



1) Pendaftaran SPRN boleh dibuat melalui pautan https://sprn.kpkt.gov.my/

2) Klik “Daftar Akaun”

3) Kemudian masukkan nama, nombor kad pengenalan dan alamat emel yang digunakan.

4) Klik “Daftar” dan semak emel bagi tujuan pengesahan.

sprn%2Bteduh%2B2


Antara skim bantuan yang boleh anda mohon di bawah SPRN termasuklah:
  • Skim MyHome
  • Skim Rumah PPR
  • Skim Rumah Transit
  • Skim SPP

Cara Memohon

Untuk makluman semua rakyat Malaysia, semua permohonan hendaklah dibuat secara online.

KPKT telah memaklumkan bahawa sebarang permohonan secara manual tidak akan diterima.

Proses permohonan adalah seperti berikut:

sprn%2Bteduh%2B3

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan berbeza bergantung kepada skim yang anda ingin mohon.

Skim MyHome

Contohnya bagi skim MyHome, kriteria pemohon yang ditetapkan oleh KPKT adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah merujuk kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja. Pasangan sama ada suami atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah adalah TIDAK LAYAK
  • Pendapatan isi rumah RM10,000 ke bawah

Skim MyHome menyediakan insentif sehingga RM30,000 seunit yang memberi faedah kepada pembeli-pembeli rumah dan pemaju-pemaju swasta.

Antara dokumen sokongan untuk memohon MyHome ialah:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan surat nikah/sijil nikah (Jika berkenaan)
  • Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan)
  • Salinan surat akuan sumpah bekerja sendiri
  • Salinan surat pengesahan majikan
  • Salinan penyata gaji terbaru
  • Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan
  • Salinan surat pencen (Jika berkenaan)
  • Salinan kad pengenalan/MyKid/sijil kelahiran
  • Salinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) pemohon dan pasangan


Skim Rumah PPR (Dimiliki & Disewa)


Manakala bagi rumah PPR (dimiliki) yang dijual pada harga RM35,000, syarat kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  • Pemohon belum memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

Kerajaan turut melaksanakan PPR Dimiliki yang bertujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri.

Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.

Antara ciri-ciri rumah PPR dimiliki ialah:

  • Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  • Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
  • Terdapat pelbagai kemudahan asas seperti dewan komuniti, surau, gerai makan, tadika, dan lain-lain.

Program PPR Disewa telah diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan.


Skim Rumah Transit (SPRN)


Bagi rumah transit pula, anda mestilah memenuhi kriteria di bawah:

  • Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
  • Pemohon telah berkahwin
  • Pemohon berumur antara 18 hingga 30 tahun
  • Pemohon tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan / negeri rumah transit dipohon
  • Pemohon bekerja di kawasan / negeri rumah transit dipohon
  • Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
  • Tiada rekod jenayah

Program Rumah Transit bertujuan untuk memberi kemudahan perumahan secara sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur antara 18 hingga 30 tahun.

Program ini bertumpu di bandar-bandar besar untuk mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah / berkelayakan.

Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250.00 sebulan bagi tempoh sewaan permulaan selama dua (2) tahun.

Penyewa akan diberikan notis enam (6) bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah.

Skim SPP


Akhir sekali skim SPP hanya untuk anda yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
  • Berumur 21 hingga 70 tahun
  • Bekerja dan mempunyai pendapatan
  • Bukan kakitangan Kerajaan atau pesara (termasuk pasangan)
  • Pemohon dan pasangan belum mempunyai rumah
  • Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000.00 hingga RM3,000.00 sebulan
  • Memiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga terdekat

SPP diwujudkan bertujuan menyediakan kemudahan pinjaman kepada golongan berpendapatan rendah yang masih belum memiliki rumah sendiri.

Soalan Lazim


Apakah fungsi TEDUH?

Fungsi laman web TEDUH adalah saluran portal utama yang memaparkan maklumat tentang projek-projek dan program-program perumahan awam dam swasta di Malaysia.

Apakah skim perumahan yang ditawarkan SPRN?

Antaranya skim MyHome, PPR (dimiliki & disewa), Rumah Transit dan skim SPP.

Berapakah kadar sewaan rumah PPR?

RM124 sebulan.

Berapakah kadar sewaan rumah transit?

RM250 sebulan.

Berapakah had pinjaman skim SPP?

RM60,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun.

Maklumat Lanjut


Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari portal https://teduh.kpkt.gov.my

sprn%2Bteduh%2B4



Kongsikan Artikel Ini