Cara Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2020 Online Bagi Golongan B40

Kongsikan Artikel Ini

Permohonan%2BRumah%2BMesra%2BRakyat%2BRMR
Anda sebenarnya boleh memiliki rumah idaman sendiri sekiranya pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebih RM3,000. Anda boleh utuk membuat permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2020 yang dibuat secara atas talian (online) menerusi Portal Rasmi SPNB atau dapati borang secara manual di cawangan berdekatan anda yang sudah bermula pada 16 September 2020 yang lalu. Anda boleh merealisasikan impian anda untuk memiliki Rumah Mesra Rakyat.

Join Telegram Rasmi: http://t.me/mingguankerja

RMR 850 en 1

RMR 1000 en

RMR 750 en



Untuk pengetahuan anda, Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) ini bertujuan untuk membantu para golongan rakyat yang berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan kelaurga miskin yang tidak mempunyai rumah mahupun mereka yang tinggal di rumah usang  dalam keadaan daif tetapi  mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang selesa. 




Borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2020 Online Bagi Golongan B40

Pada artikel kali ini Mingguan Kerja akan berkongsi kepada anda tentang Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) termasuklah  cara mohon, syarat kelayakan, dan ciri perumahan:

Cara Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2020 Online

1. Pendaftaran boleh dibuat secara online menerusi laman web rasmi SPNB di https://rmr.spnbonline.com.my/.

2. Klik pendaftaran baru.

3. Kemudian, isikan Borang Pendaftaran Login dengan lengkap. Alamat email yang diberikan akan dijadikan login ID.

4. Satu email / SMS mengandungi butiran login ID dan kata laluan akan dihantar kepada email / nombor telefon yang didaftarkan oleh pemohon.

5. Gunakan login ID dan kata laluan yang diberikan dan Borang Pra-Pendaftaran akan dimuat turun.

6. Isikan maklumat ke dalam sistem oleh pemohon.

7. Klik Selesai Pendaftaran dan Cetak Borang.

8. Memajukan borang beserta dokumen asal yang diperlukan kepada SPNB.



Syarat Kelayakan Program Rumah Mesra Rakyat 2020

Berikut syarat kelayakan Program Rumah Mesra Rakyat adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia

2. Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas

3. Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000

4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna

5. Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik tanah tersebut

6. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)

7. Tertakluk kepada peruntukan kewangan


Ciri Program Rumah Mesra Rakyat 2020

Berikut dikongsikan Ciri Program Rumah Mesra Rakyat 2020:

rumah%2Bmesra%2Brakyat



Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut anda boleh pergi ke cawangan SPNB yang berdekatan dengan tempat anda atau melayari laman sesawang https://spnb.com.my/rumah-mesra-rakyat-rmr/ untuk sebarang pertanyaan lanjut. 

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda bagi memulakan langkah untuk mendapatkan rumah idaman anda sendiri. InshaAllah. Amin. 

Kongsikan Artikel Ini