Memandangkan tarikh 20 April akan tiba tidak lama lagi, pastinya ramai pencarum yang tidak sabar untuk menyemak status bayaran Pengeluaran Khas KWSP akaun masing-masing. Ramai yang tanya bagaimana cara untuk semak status pembayaran KWSP RM10,000?
Kami kongsikan kepada anda cara untuk menyemak status pembayaran KWSP RM10,000 melalui i-Akaun.
Cara Semak Status LULUS Pengeluaran Khas KWSP RM10,000
Ahli boleh melakukan semakan status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui:
- Layari http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my
- Klik ‘Teruskan’
- Klik ‘Semakan Status Permohonan’
- Isi No MyKad/ MyPR atau; Nombor Passport/ MyKAS
- Isi No Telefon Bimbit
- Sahkan Captcha
- Klik ‘Semak Status’
- Keputusan Permohonan Dipaparkan
- Sekiranya anda LULUS, amaun permohonan yang anda mohon akan dikreditkan pada 20 April 2022
- Contohnya, sekiranya anda memohon pengeluaran sebanyak RM8,000 (dari Akaun 2/ Akaun 1), anda akan menerima pengkreditan dengan jumlah RM8,000 ke akaun bank anda pada 20 April 2022 (Rabu).
- Sekiranya anda TIDAK LULUS, kebiasannya KWSP akan melancarkan permohonan rayuan selepas 9 April 2022
- Cara permohonan rayuan akan kami kongsikan dari semasa ke semasa
- Ikuti Channel Telegram Rasmi di sini: http://t.me/pakejbantuankerajaan
- Segala perkembangan terkini akan kami kongsikan pada Channel Telegram tersebut
- Rancang perbelanjaan anda dan selamat maju jaya kami ucapkan.
Cara Semak Pembayaran KWSP RM10,000 Melalui i-Akaun
Kami kongsikan kepada anda cara mudah untuk menyemak pembayaran Pengeluaran Khas KWSP RM10,000:
- Layari laman web rasmi KWSP di sini: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
- Pilih bahasa, iaitu BM untuk Bahasa Melayu dan EN untuk Bahasa Inggeris
- Masukkan USER ID
- Sila ambil perhatian, USER ID ialah username yang anda create masa register i-Akaun
- USER ID bukan nombor ahli KWSP
- Tekan butang Next
- Masukkan PASSWORD
- Tekan butang Login
- Jika tidak ada apa-apa masalah, akan akan berjaya login ke dalam i-Akaun
- Pergi ke bahagian atas skrin yang mempunyai beberapa menu:
- PROFILE
- NOMINATION
- SIMPANAN SHARIAH
- MY ACCOUNT
- ENQUIRY
- INVESTMENT
- WITHDRAWAL
- INBOX
- Klik WITHDRAWAL
- Klik Withdrawal History di sebelah kiri skrin
- Semua sejarah pengeluaran duit KWSP anda akan terpapar di sini
- Lihat amaun Pengeluaran Khas KWSP anda
- Selesai
Tarikh Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP RM10,000
Menurut pengumuman 16 Mac lalu, KWSP ada berkongsi maklumat tentang permohonan pengeluaran ini akan dibuka kepada ahli bawah usia 55 tahun bermula 1 April sehingga tamat tempoh permohonan iaitu pada 30 April ini.
Maklumat paling penting, pembayaran pengeluaran khas RM10,000 ini akan dibayar pada 20 April ini.
Cara Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP
Pembayaran pengeluaran khas KWSP ini akan dibayar dalam satu bayaran sahaja dan akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank simpanan atau semasa ahli yang mereka hanya perlu memastikan akaun bank mereka aktif dan bawah nama ahli sendiri. Menurut KWSP, akaun bersama atau didaftarkan di bawah nama syarikat adalah tidak dibenarkan.
Bagaimanakah cara bayaran Pengeluaran Khas?
Pengeluaran Khas akan dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment).
Bagaimanakah pembayaran Pengeluaran Khas akan dibuat kepada ahli?
Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.
Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran Pengeluaran Khas berjalan lancar:
- Akaun bank (simpanan atau semasa)
- Akaun bank masih aktif
- Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)
Maklumat Lanjut
Anda boleh layari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4848 bermula 1 April ini.
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.