Cara semak SARA 2025 boleh dibuat secara online untuk mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan bulanan barangan asas melalui MyKad.
Bantuan ini penting terutamanya bagi penerima STR kategori miskin, miskin tegar, bujang dan warga emas.
Mohon juga : ANDA LAYAK TERIMA BANTUAN RM600 MYKAD
Dalam artikel ini, kami akan terangkan secara terperinci bagaimana anda boleh buat semakan status kelayakan, jumlah bantuan yang akan diterima, senarai barang yang dibenarkan, dan juga tips jimat guna kredit SARA.
emua info ini berdasarkan kenyataan rasmi dari Kementerian Kewangan Malaysia dan portal MyKasih.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 Kini Dikreditkan ke MyKad
Bermula April 2025, seramai 5.4 juta rakyat Malaysia bakal menerima bantuan ini secara automatik tanpa permohonan.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 adalah kesinambungan inisiatif STR yang memberi akses kepada barangan asas melalui kad pengenalan penerima.
Tiada baucar fizikal diperlukan, semuanya melalui sistem MyKad di pasar raya berdaftar seluruh negara.
Siapa Yang Layak Terima Bantuan SARA?
Bantuan ini ditujukan khas kepada penerima STR 2025 yang tersenarai dalam eKasih sebagai Miskin atau Miskin Tegar.
Antara kriteria kelayakan:
- Warganegara Malaysia
- Berdaftar sebagai penerima STR 2025 – isi rumah, warga emas tanpa pasangan atau bujang
- Tersenarai dalam sistem eKasih sebelum 31 Oktober 2024
- MyKad aktif dan sah
Semua penilaian dilakukan secara automatik. Anda tidak perlu hantar borang atau mohon secara manual.
Cara Semak Status SARA MyKasih 2025 Secara Online
Terdapat dua cara utama untuk buat semakan:
1. Semakan Melalui Portal MyKasih
- Layari www.mykasih.com.my
- Klik pada butang “Semakan Status Penerima”
- Masukkan nombor MyKad (tanpa sengkang)
- Isi Captcha dan tekan “Semak”
2. Semakan Melalui Portal MySTR
- Lawati portal rasmi MySTR
- Klik “Semak Status” dan log masuk menggunakan nombor MyKad
- Semak maklumat kelayakan dan amaun bayaran bantuan
Jumlah Bantuan SARA 2025 Mengikut Kategori
Kadar bantuan berbeza mengikut kategori dan status eKasih:
Kategori | Jan–Mac | Apr–Dis | Jumlah Setahun |
---|---|---|---|
Isi Rumah (eKasih) | RM100 | RM200 | RM2,100 |
Warga Emas Tiada Pasangan (eKasih) | RM100 | RM150 | RM1,650 |
Bujang (eKasih) | RM50 | RM50 | RM600 |
Isi Rumah (Bukan eKasih) | – | RM100 | RM900 |
Warga Emas (Bukan eKasih) | – | RM50 | RM450 |
Senarai Barangan Keperluan Yang Diluluskan
Bantuan hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan asas seperti:
- Beras, tepung, minyak masak, gula
- Roti, telur, mi segera, biskut
- Makanan dalam tin seperti sardin, tuna, kacang
- Minuman asas – susu, teh, kopi
- Produk kebersihan diri dan rumah
- Ubat-ubatan asas dan barangan sekolah
Antara yang tidak dibenarkan : rokok, minuman keras, makanan mewah, barangan elektrik dan alat elektronik.
Cara Guna Kredit Bantuan SARA Dalam MyKad
Untuk menebus bantuan di pasar raya terlibat, anda hanya perlu:
- Pilih barangan yang ada label “SARA MyKasih”
- Serahkan MyKad di kaunter
- Masukkan PIN MyKasih 6 digit
- Semak baki & simpan resit pembelian
Senarai Pasar Raya Terlibat
Antara pasar raya yang menyertai program ini:
- Mydin
- Lotus’s
- Giant
- Econsave
- 99 Speedmart
- Milimewa (Sabah & Sarawak)
Cari pelekat “MyKasih Sah Di Sini” sebelum mula membeli.
Cara Semak Baki Bantuan MyKasih
Untuk semak berapa baki kredit yang tinggal dalam MyKad, anda boleh:
- Guna aplikasi Touch ‘n Go eWallet
- Gunakan mesin kiosk Touch ‘n Go di pasar raya
- Semak di mesin tambah nilai di stesen minyak
Tips Jimat Guna Bantuan SARA
Berikut beberapa tips untuk maksimumkan penggunaan bantuan anda:
- Sediakan senarai barang sebelum membeli
- Pilih jenama rumah (house brand) yang lebih murah
- Beli barangan yang tahan lama secara pukal
- Banding harga antara beberapa pasar raya
- Simpan semua resit untuk rujukan
FAQ: Soalan Lazim Tentang SARA 2025
- Bila bantuan dikreditkan? – Setiap bulan, mengikut kategori kelayakan
- MyKad rosak? – Ganti di JPN dan maklumkan kepada MyKasih
- Boleh guna MyKad orang lain? – Tidak dibenarkan
- Saya tak tersenarai eKasih? – Tidak layak untuk fasa ini
- Ada had penggunaan? – Ya, berdasarkan amaun bulanan. Tak boleh bawa ke bulan berikut
Info Tambahan & Rujukan Rasmi
Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan bantuan SARA 2025:
- Talian MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel: info@mykasih.com
- Laman rasmi: manfaat.mof.gov.my
Anda juga boleh baca artikel berkaitan di mingguankerja.my untuk bantuan lain yang sedang berjalan.