Cara Simpan Duit ASB Online Tanpa Perlu Ke Kaunter

Kongsikan Artikel Ini

Info%20Lanjut,%20Sila%20Layari%20mingguankerja.my%20(2)%20(1)

telegram%2Bimage

Mesti ramai yang nak menyimpan duit di akaun ASB kan? Korang tahu tak, korang sebenarnya boleh untuk menyimpan duit ASB secara online tanpa perlu ke kaunter ASB. 

Tapi, sebelum korang membuat pemindahan atau simpan duit ke akaun ASB, korang perlulah ada akaun ASB yang aktif terlebih dahulu.


 

Anda boleh menggunakan laman web ASNB atau memuat turun aplikasi ASNB di telefon bimbit anda.

Kami kongsikan kepada anda cara mudah untuk membuat simpanan ASB.


 

Cara Simpan Duit ASB Online

Langkah 1

Muat turun aplikasi myASNB atau buka laman web https://www.myasnb.com.my/

 

 

asb%201

 

Langkah 2

Login akaun myASNB menggunakan ID dan Password yang telah didaftarkan.

Kemudian, tekan LIHAT SEMUA

Nanti anda akan lihat semua akaun termasuklah akaun anak-anak yang didaftarkan di bawah nama anda.

asb%202

 

Langkah 3

Tekan ikon Tambah Pelaburan

Sekiranya anda ingin simpan duit untuk anak, anda boleh pilih akaun anak-anak

Sekiranya anda ingin menyimpan ke akaun sendiri, anda boleh pilih akaun sendiri.

asb%203

 

Langkah 4

Masukkan jumlah pelaburan (jumlah duit yang ingin disimpan).

Kemudian, pilih Perbankan Atas Talian (FPX) untuk transfer dari akaun bank ke ASB.

Kemudian tandakan (/) dan tekan seterusnya.

asb%204

 

Langkah 5

Pilih bank yang tersedia

Anda boleh pilih dari bank mana yang ingin anda lakukan pemindahan. Anda boleh klik terus.

asb%205

 

Langkah 6

Setelah anda check maklumat pemindahan duit ke akaun ASB, tekan SAHKAN.

asb%206

 

Langkah 7

Anda akan dibawa ke paparan login online banking yang dipilih tadi

Masukkan password dan ID seperti biasa.

kemudian selesai!

asb%207

 

asb%208

 

Kelebihan Simpan Duit ASB

Antara kelebihan simpanan ASB ni ialah dividen yang tinggi.

Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai simpanan 200k dalam masa setahun, anda akan dapat dividen (16 ribu/ 9 ribu pernah dapat 16, tahun lepas dapat sikit 9k)

Anda perlu faham, dividen ini tidak sama setiap tahun kerana mengikut rate yang berubah setiap tahun. Ada tahun dividen tinggi dan ada tahun dividen rendah.

Selamat mencuba dan menyimpan duit di akaun ASB anda!

 

Kredit: Nurul Ashikin Che Darus


Kongsikan Artikel Ini