Cara Tebus Pembayaran Tunai Baucar BPR Fasa 2

Kongsikan Artikel Ini

telegram%2Bimage

Untuk pengetahuan semua, hari ini 17 Mei, merupakan hari untuk penebusan nombor baucar untuk para penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 2.  

Terdapat penerima yang tidak mempunyai akaun bank untuk pembayaran dan pengkreditan BPR serta terdapat penerima yang gagal untuk menerima bayaran walaupun memiliki akaun bank. Justeru itu, penebusan nombor baucar di bank-bank merupakan salah satu cara untuk para penerima menebus Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 2.


Masih ramai yang tidak tahu bagaimana prosedur penebusan nombor baucar ini. Oleh itu, kami di MingguanKerja suka untuk berkongsi kepada anda cara mudah untuk membuat penebusan nombar baucar. 

Maklumat Penting Nombor Baucar/Siri BPR

Nombor baucar ini untuk mereka yang tidak memiliki mana-mana akaun bank bagi menerima bayaran BPR Fasa 2. 

Anda boleh mengeluarkan bayaran secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula hari ini 17 Mei 2021.

Paling penting sekali anda perlu untuk membawa kad pengenalan sewaktu ingin ke mana-mana cawangan BSN untuk menerima pembayaran secara tunai.





Cara Mudah Semak Nombor Baucar BPR

1. Buka laman rasmi BPR dan log masuk di https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
2. Masukkan nombor kad pengenalan dan tekan butang “Semak”
3. Pastikan kata kunci keselamatan adalah betul dan masukkan kata laluan
4. Pergi ke maklumat pembayaran dan lihat pada bahagian “No Baucar”
5. No Baucar BPR Fasa 2 akan dipaparkan dan No Baucar ini akan ditunjukkan kepada pegawai BSN semasa membuat penebusan

Tambahan Info Baucar BPR

Penerima boleh terus hadir ke Kaunter BSN setelah nombor baucar terpapar di bahagian maklumat.

Paling penting sekali semasa pembayaran tunai, bawa Kad Pengenalan dan Nombor Siri/Baucar.

Maklumat Tambahan

Sebarang permasalahan dan pertanyaan mengenai BPR, anda boleh rujuk melalui

1. Portal Rasmi BPR di https://bpr.hasil.gov.my/
2. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi 9:00 Pagi – 5:00 Petang)


Kongsikan Artikel Ini