Memandangkan bulan Mac ini ada segelintir pelajar Universiti yang akan kembali ke Universiti masing-masing, Kementerian Pengajian Tinggi telah pun membuat beberapa langkah inisiatf seperti garis panduan pengurusan dan pengoperasian pusat pengasingan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dan carta alir kemasukan pelajar ke Universiti .
Kami kongsikan kepada anda beberapa maklumat penting kemasukan pelajar IPT ke kampus pada Mac 2021 ini.
Apakah Kategori Pelajar Berkeperluan Yang Dibenarkan Kembali Ke Kampus?
- Pelajar program pengajian peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Siswazah yang memerlukan praktikal, makmal, klinikal, latih amali, studio, bengkel dan peralatan khas.
- Pelajar yang tidak mempunyai akses dan persekitaran tidak kondusif bagi melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam talian.
- Pelajar Asasi atau Setara dan Diploma yang sedia ada di kampus boleh meneruskan pembelajaran secara hibrid.
- Pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu kecuali dari United Kingdom.
- Pelajar berkeperluan Khas (OKU)
- Pelajar yang menduduki peperiksaan Malaysia University English Test (MUET), antarabangsa dan badan profesional.
Bilakah Pelajar Berkeperluan Dibenarkan Masuk Ke Kampus Untuk Aktiviti PdP Pada Kemasukan Semester Baharu 2021?
Semua pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu dari semua negara kecuali United Kingdom dibenarkan kembali ke kampus secara fizikal bermula 1 Januari 2021.
Manakala, pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan berkeperluan dibenarkan kembali ke kampus secara fizikal bagi semua Universiti Awam (UA), IPT Swasta (IPTS), Politeknik dan Kolej Komuniti bermula Mac 2021.
Carta Alir Pergerakan Pelajar Ke Kampus
Pergerakan Di Dalam Semenanjung, Sabah dan Sarawak
Kemasukan Dari Sarawak Ke Semenanjung
Kemasukan Dari Sabah Ke Semenanjung
Kemasukan Ke Sarawak
Kemasukan Ke Sabah
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.