Kerajaan telah membuka permohonan baharu untuk Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 bermula 13 Oktober 2025. Rakyat Malaysia yang layak digalakkan memohon segera bagi mengelakkan nama tercicir daripada senarai penerima.
Nota Penting: Bayaran SARA 2026 akan dikreditkan secara automatik ke dalam kad MyKad yang layak bermula Januari 2026. Pastikan anda memohon melalui Portal STR untuk layak menerima bantuan ini.
Apakah Itu SARA 2026?
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan bantuan kerajaan yang dikreditkan terus ke dalam kad pengenalan penerima. Bantuan ini bertujuan membantu rakyat membeli barangan keperluan asas dengan lebih mudah.
Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA 2026
Kredit SARA dalam kad MyKad anda boleh digunakan untuk membeli pelbagai keperluan asas seperti:
- Barang Dapur: Beras, minyak masak, telur, roti, tepung, biskut, mi segera
- Minuman: Susu, Milo, teh, kopi, Nescafe
- Makanan Dalam Tin: Sardin, tuna, kacang panggang
- Bahan Perasa: Gula, garam, kicap, sos, cuka
- Produk Kebersihan Diri: Sabun mandi, ubat gigi, tuala wanita
- Ubat-Ubatan: Panadol, ubat batuk (yang diluluskan KKM)
- Barangan Persekolahan: Baju seragam, kasut sekolah, beg, alat tulis
- Produk Kebersihan Rumah: Sabun pinggan, pencuci pakaian, pencuci lantai
Syarat Kelayakan SARA 2026
Terdapat 3 kategori penerima SARA 2026 dengan syarat kelayakan yang berbeza:
1. Kategori Isi Rumah
| Syarat | Kelayakan Miskin | Kelayakan Bukan Miskin |
|---|---|---|
| Warganegara | Malaysia | Malaysia |
| Pendapatan | Bawah Garis Kemiskinan | Tidak melebihi RM5,000 sebulan |
| Status Perkahwinan | Berkahwin / Bercerai | Berkahwin / Bercerai |
| Keperluan Tambahan | Penerima STR & Daftar eKasih | Penerima STR sahaja |
2. Kategori Warga Emas
| Syarat | Kelayakan Miskin | Kelayakan Bukan Miskin |
|---|---|---|
| Warganegara | Malaysia | Malaysia |
| Pendapatan | Bawah Garis Kemiskinan | Tidak melebihi RM5,000 sebulan |
| Status Perkahwinan | Bujang / Balu / Duda / Janda | Bujang / Balu / Duda / Janda |
| Keperluan Tambahan | Penerima STR & Daftar eKasih | Penerima STR sahaja |
3. Kategori Bujang
| Syarat | Kelayakan Miskin | Kelayakan Bukan Miskin |
|---|---|---|
| Warganegara | Malaysia | Malaysia |
| Pendapatan | Bawah Garis Kemiskinan | Tidak melebihi RM2,500 sebulan |
| Status Perkahwinan | Bujang / Balu / Duda / Janda | Bujang / Balu / Duda / Janda |
| Keperluan Tambahan | Penerima STR & Daftar eKasih | Penerima STR sahaja |
Jumlah Bayaran SARA 2026
Kadar bayaran SARA 2026 berbeza mengikut kategori dan status kemiskinan penerima:
Penerima Miskin & Miskin Tegar:
• Isi Rumah: RM2,400 setahun
• Warga Emas: RM1,200 setahun
• Bujang: RM600 setahun
Penerima Asas Bukan Miskin:
• Isi Rumah: RM1,200 setahun
• Warga Emas: RM600 setahun
• Bujang: RM600 setahun
Jadual Bayaran SARA 2026
| Jenis Bayaran | Tarikh Bayaran |
|---|---|
| Bayaran Setiap Bulan | Januari – Disember 2026 |
| Bayaran One-Off | Pertengahan Februari 2026 |
Cara Memohon SARA 2026 (Langkah Demi Langkah)
Untuk layak menerima SARA 2026, anda mesti memohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) terlebih dahulu. Ikuti langkah berikut:
Langkah 1: Akses Portal STR
Layari laman web rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Langkah 2: Mulakan Permohonan
- Pada laman utama MySTR 2026, klik butang “Permohonan Baharu”
- Klik “Ya, Teruskan” untuk teruskan tanpa MyDigital ID
Langkah 3: Isi Maklumat Pemohon
Lengkapkan maklumat berikut:
- Nombor MyKad – Tekan “Semak” selepas mengisi
- Nombor Telefon Bimbit yang aktif
- Jenis Pekerjaan semasa
- Pendapatan Kasar Bulanan isi rumah
- Status Perkahwinan: Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang
- Alamat Surat Menyurat yang lengkap
- Maklumat Akaun Bank yang masih aktif
- Alamat E-mel yang aktif
Langkah 4: Maklumat Keluarga
- Jika ada pasangan, isi Maklumat Pasangan dengan lengkap
- Jika ada anak, isi Maklumat Anak (terhad 5 orang sahaja)
Langkah 5: Muat Naik Dokumen Sokongan
- Pilih jenis dokumen untuk sahkan status perkahwinan dan anak
- Format yang diterima: PDF, JPG, JPEG, PNG
- Saiz fail: Kurang dari 3MB
Langkah 6: Maklumat Waris
Isikan maklumat waris mengikut jenis hubungan yang sesuai.
Langkah 7: Pengesahan & Hantar
- Isi Kod Captcha yang dipaparkan
- Klik butang “Hantar”
- Anda akan terima mesej: “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
Cara Daftar eKasih (Untuk Golongan Miskin)
Jika pendapatan anda di bawah garis kemiskinan, anda boleh daftar eKasih untuk menerima kadar bayaran SARA yang lebih tinggi:
- Layari portal rasmi eKasih: https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
- Scroll ke bawah dan klik “Pendaftaran eKasih”
- Baca dengan teliti butiran proses kerja permohonan
- Kenal pasti Ketua Isi Rumah (KIR) anda
- Hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berhampiran
- Buat pendaftaran di kaunter atau hubungi PPN melalui talian
Soalan Lazim (FAQ)
Bila bayaran SARA 2026 akan diterima?
Bayaran bulanan akan dimulakan pada Januari 2026 dan akan dikreditkan setiap bulan hingga Disember 2026. Bayaran one-off pula dijadualkan pada pertengahan Februari 2026.
Adakah saya perlu memohon SARA secara berasingan?
Tidak perlu. Anda hanya perlu memohon STR (Sumbangan Tunai Rahmah). Kelayakan SARA akan dinilai secara automatik berdasarkan permohonan STR anda.
Bagaimana saya tahu permohonan saya berjaya?
Selepas hantar permohonan, anda akan terima notifikasi di skrin. Status permohonan juga boleh disemak melalui portal MySTR menggunakan nombor MyKad anda.
Bagaimana cara menggunakan kredit SARA?
Kredit SARA akan dikreditkan terus ke dalam kad MyKad anda. Gunakan MyKad ketika membayar di kaunter yang menerima pembayaran SARA untuk membeli barangan keperluan yang layak.
Hubungi Kami Untuk Bantuan
Jika anda menghadapi sebarang masalah atau mempunyai pertanyaan lanjut mengenai SARA 2026, boleh hubungi saluran bantuan berikut:
Talian Bantuan: 03-7720 1800 (Waktu operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang)
Laman Bantuan: https://mykasih.com.my/contact-us/