Dakwaan Duit Hilang Lepas Daftar PADU? – Ini Penjelasannya

Kongsikan Artikel Ini

Kementerian Ekonomi dalam satu kenyataannya mengatakan dakwaan mengenai mesej tular tentang kehilangan duit dari akaun bank selepas pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) adalah palsu.

Padu
Dakwaan Duit Hilang Lepas Daftar PADU? - Ini Penjelasannya 7

Baca Juga :

Dakwaan Hilang Duit Lepas Pendaftaran PADU? Ini Penjelasannya

Difahamkan, dakwaan mengenai kehilangan duit selepas pendaftaran PADU kejadian tersebut dilaporkan berlaku kepada guru sekolah di Terengganu.

photo 2024 02 14 13 34 31
Dakwaan Duit Hilang Lepas Daftar PADU? - Ini Penjelasannya 8

Menurutnya, mesej tersebut telah menjadi tular di platform media sosial.

“Sekiranya anda menerima mesej berkenaan PADU seperti gambar yang tertera, maklumat tersebut adalah palsu.

Padu
Dakwaan Duit Hilang Lepas Daftar PADU? - Ini Penjelasannya 9

“Selepas semakan dibuat, tiada sebarang laporan polis berkenaan isu tersebut di Terengganu.

“Tiada juga sebarang aduan berkenaan isu tersebut di dalam sistem aduan kerajaan (SISPAA),” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik pada Khamis.

Dalam pada itu, Kementerian Ekonomi memaklumkan perkara tersebut telah diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan seterusnya.

“Isu ini telah dipanjangkan kepada SKMM untuk tindakan lanjut.

“Berhati-hati dan semak dengan saluran rasmi kerajaan sebelum berkongsi apa-apa maklumat daripada sumber tidak rasmi,” ujarnya.

PADU
Dakwaan Duit Hilang Lepas Daftar PADU? - Ini Penjelasannya 10

Kongsikan Artikel Ini