Diskaun Saman 50% Sehingga 11 April Ini! ~ Cara Daftar Dan Pembayaran MyBayar Saman

Kongsikan Artikel Ini

mybayar%2Bsaman%2B%25281%2529

Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan

MyBayar Saman merupakan salah satu kemudahan pembayaran dalam talian yang diwujudkan untuk membantu orang ramai untuk membayar kompaun saman trafik berbanding dengan kaedah bayaran yang sedia ada.


Sistem pembayaran ini juga lebih cepat dan mudah bagi mempermudahkan urusan orang ramai supaya mudah untuk membayar saman mereka. 





Kami kongsikan kepada anda tentang bagaimana cara untuk menggunakan aplikasi ini untuk membayar saman.

Pengurangan Diskaun 50% Bayar Saman Melalui Portal Dan Aplikasi MyBayar Saman

Masa sekarang merupakan masa yang terbaik untuk anda membayar saman anda yang tertunggak.

Pengurangan kompaun sehingga 50% akan diberikan sekiranya anda membayar saman melalui portal dan aplikasi MYBayar Saman.

Diskaun ini dikenakan bersempena dengan pelancaran aplikasi ini semalam.

mybayar%2Bsaman%2B2


Tarikh Kempen Bayar Saman

Kempen bayar saman ini akan berlangsung daripada 25 Mac – 11 April 2021

Dua Cara Pembayaran MyBayar Saman

Pengunaan Portal MyBayar Saman

Terdapat tiga langkah untuk membayar saman menggunakan portal:

Langkah 1: Pendaftaran

  • Tekan butang daftar pengguna baharu
  • Isi maklumat peribadi
  • Pengesahan OTP di telefon bimbit
  • Log masuk di portal MyBayar Saman

Langkah 2: Semakan

  • Log masuk di portal MyBayar Saman
  • Paparan butiran saman

Langkah 3: Pembayaran

  • Tekan butang bayar di butiran saman
  • Semakan saman yang hendak dibayar
  • Pilih mod bayaran dan tekan butang bayar

Penggunaan Aplikasi MyBayar Saman

Tiga langkah penggunaan aplikasi MyBayar Saman:

Langkah 1: Pendaftaran

  • Tekan butang daftar pengguna
  • Baharu
  • Isi maklumat peribadi
  • Isikan pengesahan OTP
  • Log masuk di aplikasi MyBayar Saman

Langkah 2: Semakan

  • Tekan butang semakan
  • Saman di menu utama
  • Butiran saman dipaparkan, notifikasi saman dipaparkan jika terdapat saman baharu

Langkah 3: Pembayaran

  • Tekan butang bayaran saman di menu utama
  • Pilih saman yang hendak dibayar
  • Pilih mod bayaran
  • Butiran transaksi pembayaran dipaparkan
  • Semak sejarah transaksi di paparan aktiviti

Infografik MyBayar Saman

mybayar%2Bsaman

my%2Bbayar%2Bsaman

Diskaun 50% Saman  Kecuali Kesalahan

  • Saman Kemalangan Tahun 2020 & 2021
  • Saman status No Compound (NC) Tahun 2018 / 2019 / 2020 & 2021
  • Saman status bicara mahkamah (m)
  • Saman Berkaitan Kesalahan M / Lori
  • Saman Potong Secara Bahaya / Potong Q Tahun 2020 / 2021
  • Saman menggunakan lorong kecemasan Tahun 2020 / 2021
  • Saman jalan semasa lampu isyarat merah Tahun 2020 / 2021
  • Saman potong di garisan berkembar tahun 2020 /2021
  • Saman berkaitan ubahsuai ekzos yang dikeluarkan bermula 1/3/2021

*Tertakluk kepada terma dan syarat

Semoga maklumat ini membantu anda untuk membayar saman-saman anda yang tertunggak. Jangan lepaskan peluang ini untuk nikmati diskaun pembayaran saman ini ok?


Kongsikan Artikel Ini