Bantuan MyKasih Jun 2025 sudah mula dikreditkan kepada penerima yang layak.
Bayaran ini adalah sebahagian daripada pelaksanaan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang bertujuan membantu golongan B40 dan miskin tegar untuk membeli barangan asas setiap bulan.
Ramai penerima dari kalangan STR dan eKasih sudah mula melihat bayaran dikreditkan ke dalam MyKad masing-masing.
Tapi, tidak semua faham bagaimana sistem ini berfungsi, dan ramai juga masih tertanya-tanya kenapa duit mereka belum masuk.
Artikel ini akan bantu anda faham segalanya. Wajib baca sampai abis jika anda perlukan bantuan ini!
Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?
Klik Untuk Sertai WhatsApp✅ Bila Duit Bantuan MyKasih Jun Masuk?
Menurut kenyataan terkini daripada portal rasmi MyKasih, bayaran MyKasih bulan Jun 2025 dikreditkan bermula 15 Jun 2025 secara berperingkat.
Ada penerima dapat seawal jam 9 pagi, manakala sebahagian lagi hanya dapat selepas 3–5 hari bekerja, bergantung kepada semakan sistem dan pengesahan maklumat.
Bayaran dikreditkan terus ke dalam cip MyKad dan bukannya dalam bentuk tunai.
Ini bermaksud anda perlu pergi ke pasar raya atau kedai runcit berdaftar, imbas MyKad di kaunter dan terus beli barangan asas.
✅ Jumlah Bantuan MyKasih Jun 2025 Ikut Kategori
Kategori | Jumlah Bayaran |
---|---|
Isi Rumah STR + eKasih | RM200/bulan (April–Dis) |
Warga Emas STR + eKasih | RM150/bulan (April–Dis) |
Bujang STR + eKasih | RM50/bulan (Jan–Dis) |
Isi Rumah STR sahaja | RM100/bulan (April–Dis) |
Warga Emas STR sahaja | RM50/bulan (April–Dis) |
Bantuan ini akan terus masuk setiap bulan, selagi anda masih tersenarai sebagai penerima STR atau dalam sistem eKasih yang sah.
📌 Cara Semakan Status Bantuan MyKasih
- Layari laman rasmi: https://www.mykasih.com.my
- Klik menu “Semak Status”
- Masukkan nombor MyKad (12 digit)
- Isi Captcha yang diberi dan tekan “Semak”
Jika bantuan telah masuk, sistem akan paparkan status ‘Lulus’ dan tunjuk baki yang tersedia.
Jika status anda masih kosong atau belum lulus, anda disaran untuk semak semula kelayakan di portal MySTR.
📦 Apa Yang Boleh Dibeli Dengan Bantuan MyKasih?
Senarai barang yang boleh ditebus meliputi:
- Beras, telur, minyak masak, susu, biskut
- Sayur dan buah segar
- Produk kebersihan asas (sabun, tuala wanita, ubat gigi)
- Roti, mi segera, makanan bayi
🛒 Senarai Pasar Raya & Kedai Terlibat
- Mydin
- Econsave
- TF Value
- 99 Speedmart
- Pasaraya Pantai Timor
- Pasaraya CS
Pastikan anda imbas MyKad di kaunter, dan maklumkan kepada juruwang bahawa anda ingin gunakan Bantuan MyKasih.
🛠 Masalah Biasa: Kenapa Saya Tak Dapat?
- Maklumat STR belum lengkap
- MyKad rosak atau tidak aktif
- Tidak layak sebab tiada dalam eKasih
- Penerima STR tetapi bukan kategori miskin/miskin tegar
Hubungi MyKasih di 03-7720 1800 jika anda rasa layak tetapi masih belum terima bayaran.
📋 Boleh Mohon Untuk Ahli Keluarga?
Setakat ini, bantuan MyKasih hanya layak untuk individu yang telah lulus STR atau berada dalam senarai eKasih sahaja.
Jika pasangan atau ibu bapa anda belum memohon STR, mereka perlu kemukakan permohonan baharu di bantuantunai.hasil.gov.my.
Tiada permohonan manual khas untuk MyKasih kerana ia automatik berdasarkan data STR & eKasih.
📎 Soalan Lazim
S: Boleh ke keluarkan bantuan ini sebagai tunai?
Tidak. Bantuan hanya boleh digunakan di pasaraya dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai.
S: Ada had guna sebulan ke?
Ya. Baki bantuan tidak boleh dibawa ke bulan seterusnya. Kalau tak guna, baki akan burn!
S: Anak saya ada MyKad, boleh mohon?
Bantuan ini hanya untuk ketua isi rumah, warga emas tiada pasangan atau bujang 21 tahun ke atas yang layak STR/eKasih.
📢 Rumusan
Bantuan MyKasih bulan Jun 2025 telah dan sedang dikreditkan kepada semua penerima yang layak.
Jika anda tersenarai dalam STR atau eKasih dan tergolong dalam kategori B40, pastikan semakan dibuat segera.
Jangan tunggu! Klik pautan rasmi untuk semak sekarang:
- https://www.mykasih.com.my – Semak Status MyKasih
- https://bantuantunai.hasil.gov.my – Semakan STR