Berita baik untuk mahasiswa, e-Baucar Buku diperkenalkan dan diedarkan bagi mahasiswa membeli buku bagi tujuan akademik di IPT.
Pemberian baucar buku ini adalah salah satu tawaran Tekad Kita Selangor dalam tempoh 100 hari pertama pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.
Inisiatif ini diperkenalkan antaranya mahu membentuk masyarakat yang terbina dengan ilmu pengetahuan dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM200,000.
Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, pemberian baucar ini merupakan perkara terakhir daripada lima tawaran yang dijanjikan dalam manifesto Tawaran Kita Selangor.
Setakat ini, kerajaan Negeri Selangor telah pun melaksanakan empat perkara iaitu insentif Mama Kerja berjumlah RM1,000 kepada wanita, pengecualian cukai pintu, kenaikan elaun imam, bilal dan siak serta insentif pertanian sebanyak RM1,000.
Jumlah e-Baucar Buku
Nilai baucar buku yang akan diterima penerima adalah sebanyak RM200 seorang.
Jumlah Penerima e-Baucar Buku
Untuk permulaan, jumlah penerima baucar ini adalah sebanyak 1000 penerima di seluruh Selangor.
Penerima yang terlibat adalah mereka yang menuntut di insitutsi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.
Trending Sekarang :
- Permohonan PTD Tahun 2023 Kini Dibuka – Gaji Sehingga RM9,631.00
- Rayuan STR – Permohonan & Semakan Rayuan Fasa 4
- Bayaran STR RM1,200 Isi Rumah Kini Dikreditkan
- Jadual Bayaran STR Fasa 4 Mengikut Bank Penerima
IPT Yang Terlibat Bantuan e-Baucar Buku
Mahasiswa di IPTA/IPTS berikut layak untuk menerima e-baucar ini:
- Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC)
- Universiti Selangor (Unisel)
- Universiti Islam Selangor (UIS)
- Universiti Teknologi Mara (UiTM).
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)
- Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
- Universiti Multimedia (MMU)
Cara Tebus e-Baucar Buku
Untuk menebus e-baucar ini, mahasiswa yang layak boleh membuat penebusan secara digital menerusi pautan https://mall.bookcapital.com.my/ milik Perbadanan Kota Buku (agensi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia).
Penebusan e-baucar adalah terhad sehingga 31 Disember 2023 sahaja.
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.