e-Tunai Belia Rahmah : Daftar Boost, Setel dan TouchNGo

Kongsikan Artikel Ini

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan mengumumkan pendaftaran e-Tunai Belia Rahmah akan dibuka mulai 26 Jun 2023.

Khabar gembira itu diumumkan melalui kenyataan rasmi Kementerian Kewangan bertarikh 21 Jun 2023. Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 3) diawalkan sebelum Aidiladha.

Penebusan RM200 kredit e-Tunai Belia Rahmah boleh dilakukan oleh belia dan mahasiswa berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pendidikan di Malaysia.

Berikut dikongsikan maklumat penuh e-Tunai Belia Rahmah.

Tarikh Bayaran e-Tunai Belia Rahmah

Belia berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) boleh mula mendaftar untuk menerima kredit RM200 program eBeliaRahmah mulai 8.00 pagi pada Isnin, 26 Jun 2023.

Belia warganegara Malaysia yang layak boleh mula mendaftar untuk menerima RM200 dalam bentuk kredit e-tunai secara ‘one-off’ dengan salah satu daripada tiga penyedia perkhidmatan e-dompet terkemuka iaitu Boost, Setel dan Touch ‘n Go eWallet.

Program ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang:

  • Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2023 (lahir pada tahun 2003 sehingga
    2005); atau
  • Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Selain bantuan RM200 dalam bentuk kredit e-tunai daripada Kerajaan, penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat turut akan memberikan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback) atau diskaun mata ganjaran (rewards points) sepanjang tempoh program ini.

Tempoh Pendaftaran & Tuntutan

Tempoh pendaftaran dan tuntutan eBeliaRahmah adalah mulai 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos 2023, manakala kredit eBeliaRahmah serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat boleh dibelanjakan secara ‘offline’ sehingga 31 Ogos 2023.

Kredit RM200 ini juga boleh dimanfaatkan di peruncit/peniaga yang menerima pembayaran melalui kod QR DuitNow dengan menggunakan salah satu e-dompet yang terlibat dalam program ini, tertakluk kepada transaksi yang dibenarkan.

e-tunai belia rahmah atau ebeliarahmah
e-Tunai Belia Rahmah : Daftar Boost, Setel dan TouchNGo 4

Baca Juga:

Senarai IPT Menerima e-Tunai Belia Rahmah

Merujuk kepada Kementerian Kewangan, bantuan e Tunai Belia Rahmah 2023 adalah untuk 2 juta Rakyat Malaysia berumur 18 – 20 tahun. Program bantuan ini juga telah diperluas kepada semua mahasiswa di Malaysia.

Berikut adalah senarai Institut Pengajian Tinggi yang memenuhi syarat kelayakan untuk menerima e-Tunai Belia Rahmah:

  • Kolej Komuniti
  • Politeknik
  • Universiti Awam UA / Institusi Pendidikan Tinggi Awam IPTA
  • Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
  • Pelajar institusi pendidikan setaraf Tingkatan 6
  • Senior Middle 3
  • Sijil Tinggi Agama (STAM)
  • Diploma Kolej Vokasional
  • Diploma dan setara institusi TVET
  • Pengajian Asasi / Asasi A-Level
  • Diploma Baccalaureate Antarabangsa
  • Diploma Matrikulasi Australia (AUSMAT).
  • Diploma Lanjutan
  • Sarjana Muda dan setaraf
  • Sarjana dan setaraf
  • Doktor Falsafah dan setaraf dengannya
  • Kursus profesional di peringkat diploma dan ke atas, yang diiktiraf oleh Kerajaan atau Badan Profesional di Malaysia

Cara Tebus Kredit e-Tunai Belia Rahmah

Pendaftaran boleh dilakukan melalui aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet berikut:

  • Boost
  • Setel
  • Touch N Go eWallet

Sebaik sahaja anda telah memuat turun aplikasi, anda perlu membuat akaun dan mengesahkan identiti anda. Setelah akaun anda disahkan, anda boleh mengikuti langkah berikut untuk membuat tuntutan/ claim:

  • Buka aplikasi e-Wallet
  • Pilih bahagian “e-Tunai Belia Rahmah”
  • Masukkan No. Kad Pengenalan
  • Klik butang “Tebus/ Claim”
  • Anda akan menerima mesej pengesahan setelah proses kredit berjaya

FAQ e-Tunai Belia Rahmah

Bilakah pendaftaran e-Tunai Belia Rahmah?

Mulai 26 Jun 2023

Berapakah kadar bayaran e-Tunai Belia Rahmah?

RM200

Siapakah yang layak menerima e-Tunai Belia Rahmah?

Golongan belia 18-20 tahun & semua mahasiswa Institut Pengajian Tinggi

Apa itu e-Tunai Belia Rahmah?

Bantuan tunai berbentuk kredit e-dompet

Kelebihan Menggunakan e-Wallet

  • Kemudahan Penggunaan:
    • E-wallet membolehkan pengguna menjalankan transaksi dengan pantas dan mudah.
    • Pengguna hanya perlu membuka aplikasi e-wallet mereka kemudian membuat bayaran dengan menggunakan hujung hari, tanpa perlu mengeluarkan wang tunai guna kad kredit.
  • Keselamatan:
    • E-wallet menyediakan tahap keselamatan yang tinggi. Maklumat kewangan pengguna seperti nombor kad kredit tidak akan dikongsi ketika membuat pembayaran.
    • Bahkan, e-wallet menggunakan teknologi ‘encrypted’ yang kuat untuk melindungi data kewangan pengguna.
  • Fleksibiliti:
    • E-wallet membolehkan pengguna menyimpan lebih dari satu kad pembayaran dan akaun bank dalam satu aplikasi.
    • Ini memberikan kemudahan dalam membuat transaksi dengan menggunakan sumber dana yang berbeza mengikut keperluan pengguna.
  • Ganjaran dan Diskaun:
    • Penyediaan perkhidmatan e dompet menawarkan program ganjaran serta diskaun kepada pengguna mereka.
    • Dengan menggunakan e-wallet, pengguna boleh menikmati cashback, potongan harga, atau mata ganjaran setiap kali mereka melakukan transaksi. Ini memberikan nilai tambah kepada pengguna dalam jangka masa panjang.
  • Mudah untuk Menjejak Perbelanjaan:
    • E-wallet sering dilengkapi dengan ciri track/ menjejak perbelanjaan.
    • Pengguna boleh melihat sejarah transaksi mereka dengan mudah, memberikan gambaran yang jelas akan bagaimana wang mereka digunakan.
    • Hal ini membantu pengguna dalam menguruskan bajet mereka dengan lebih berkesan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila peka akan hebahan terkini melalui laman web rasmi Kementerian Kewangan https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/ebeliarahmah.html.


Kongsikan Artikel Ini