eBelia Rahmah: Cara Tebus eWallet RM200

Kongsikan Artikel Ini

Kerajaan telah memperkenalkan bantuan khas untuk golongan belia yang dikenali sebagai eBelia Rahmah sebanyak RM200 seorang.

Terkini, bantuan e-tunai Belia Rahmah telah diperluaskan kepada SEMUA MAHASISWA yang berkelayakan, dan tidak terhad kepada mahasiswa berusia 18 hingga 20 tahun.

Dibawah kami dikongsikan maklumat lanjut dan siaran media rasmi oleh Kementerian Kewangan mengenai eBeliaRahmah 2023.

eBelia Rahmah Siaran Media
eBelia Rahmah: Cara Tebus eWallet RM200 4

Program eBelia Rahmah 2023

Pada pembentangan bajet yang lalu, Kerajaan telahpun memperkenalkan inisiatif bantuan terhadap golongan mahasiswa yang dikenali sebagai eBelia Rahmah.

Baca Juga :

Mereka yang layak boleh menebus bantuan ini pada platform ewallet yang sedia ada seperti:

Penggunaan eWallet memberi banyak manfaat antaranya penebusan baucar, cash-back (pulangan tunai) atau mata ganjaran yang boleh dikumpul untuk melayakkan penebusan tertentu di masa akan datang.

Tempoh penebusan eBelia Rahmah ini dibuka dari:

  • 26 Jun 2023 hingga 22 Ogos 2023

Syarat Kelayakan eBelia Rahmah 2023

Penerima mestilah mempunyai ciri-ciri kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Telah mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2023 (iaitu lahir pada tahun 2003 sehingga 2005) ATAU
  • Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi IPT di Malaysia yang berdaftar dengan salah satu kementerian berikut:
    • Kementerian Pendidikan Tinggi;
    • Kementerian Pendidikan;
    • Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan;
    • Kementerian Pertahanan;
    • Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah;
    • Kementerian Belia dan Sukan;
    • Kementerian Sumber Manusia;
    • Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; dan
    • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Cara Mohon eBelia Rahmah

Permohonan bagi bantuan eBelia ini boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah yang ditunjukkan dibawah:

Penebusan kredit eBeliaRahmah boleh dibuat dengan memuat turun salah satu platform e-dompet berikut dari Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery :

  • Boost
  • Setel
  • Touch ‘n Go eWallet

Harap maklum, tempoh penebusan bantuan eBelia ini terhad sehingga tarikh 22 Ogos 2023, dan kredit eBeliaRahmah serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat boleh dibelanjakan secara ‘offline’ sehingga 31 Ogos 2023.

Maklumat Lanjut

Sila rujuk soalan lazim melalui lampiran di bawah:


Kongsikan Artikel Ini