Ramai tak tahu rupanya dalam IC kita ada duit, ini cara mudah nak claim. Wang tak dituntut selalunya berlaku jika ada dalam kalangan ahli keluarga yang sudah meninggal dunia dan masih mempunyai baki wang di beberapa akaun lain.
Mungkin ada dan mungkin tiada dalam kalangan ahli keluarga yang tahu, rupanya masih ada wang yang boleh kita tuntut dalam jumlah yang banyak.
Rupa-rupanya ada juga dalam kalangan kita yang mempunyai wang tak dituntut dalam kad pengenalan diri juga. Berikut merupakan cara untuk anda ‘claim’ wang yang tidak dituntut ini supaya boleh digunakan.
Baca Juga :
Cara Semak Wang Tak Dituntut (WTD)
Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan wtd online:
Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/
Langkah 2 : Buat pendaftaran pengguna secara atas talian.
Langkah 3 : Log masuk portal menggunakan kata laluan yang didaftar.
Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna.
Langkah 5 : Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat Semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)
Langkah 6 : Klik “Cetak” , jika perlu.
Cara Membuat Tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD)
WTD boleh dituntut melalui 3 cara iaitu:
Online
Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/
Langkah 2 : Klik pada ruangan “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri. Klik Cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika perlu)
Langkah 3 : Klik pada rekod WTD yang ingin dituntut pilih “Teruskan Dengan Permohonan”
Langkah 4 : Klik pada “Tambah Penerima” untuk masukkan perihal penerima WTD. Pilih pada kotak yang disediakan sekiranya. Maklumat Diri adalah sama seperti Maklumat Pemohon, masukkan maklumat perbankan dan kemudian “Simpan”.
Langkah 5 : Muat naik dokumen sokongan bagi kategori “MANDATORI”
Langkah 6 : Tandakan pada dua kotak untuk bersetuju dengan pengakuan serta terma dan syarat eGUMIS dan Klik Hantar. Pilih Ya untuk menghantar permohonan tuntutan
Langkah 7 : Rujuk Portal eGUMIS untuk status permohonan WTD.
*Proses bayaran hanya akan dilaksanakan apabila dokumen lengkap DISAHKAN.
Kaunter
Hantar permohonan lengkap dengan maklumat WTD yang telah dicetak secara terus ke kaunter Pendaftar Wang Tak Dituntut atau di mana-mana cawangan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
POS
Hantar permohonan lengkap dengan maklumat WTD yang telah dicetak melalui pos di alamat:
Pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntut
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 1, Blok Utara, Perbendaharaan 2,
Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594, Putrajaya
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan semakan dan tuntutan WTD, anda boleh:
- Menghantar emel ke Pentadbir Sistem eGUMIS di [email protected]
- Juga menghubungi Call Centre di talian +603 2056 8052/53/54/55
- Atau menghubungi pejabat di talian 03-2056 8000
Semoga artikel ini memberi kemudahan dan manfaat kepada anda semua.
Khairul is the insightful author behind www.mingguankerja.my, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Khairul is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”