Elaun Sara Hidup Bulanan Sebanyak RM250 Kepada Yang Mohon

Advertisements

Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Perikanan Malaysia di bawah Belanjawan 2025. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban golongan nelayan darat yang terkesan akibat tekanan ekonomi dan kenaikan kos sara hidup.

Nelayan darat tulen yang layak akan menerima bayaran elaun sara hidup bulanan sebanyak RM250.00.

Jawatankuasa Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) Ibu Pejabat Perikanan dan Pejabat Perikanan Negeri melaksanakan bayaran elaun sara hidup ini secara sekata di seluruh negara. Pejabat Perikanan Negeri merangkumi Jabatan Pertanian Sarawak bagi Negeri Sarawak dan Jabatan Perikanan Sabah bagi Negeri Sabah.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Jabatan Perikanan Malaysia

Kelayakan

Syarat Kelayakan:

i. Memiliki MyKad (Biru).

ii. Mendapat Pengesahan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) / Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) / Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) ataupun ketua badan-badan komuniti nelayan kawasan yang ditubuhkan di bawah penyeliaan Jabatan Perikanan Malaysia bagi Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian bagi Sarawak dan Jabatan Perikanan Sabah bagi Sabah.

iii. Ketua Isi Rumah atau salah seorang daripada ahli keluarga yang menjalankan aktiviti penangkapan ikan.

iv. Bayaran elaun sara hidup bulanan ini hanya disalurkan kepada nelayan darat tulen sahaja.

Definisi nelayan darat tulen adalah seperti berikut:

i. Warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 18 tahun yang terlibat dalam aktiviti penangkapan ikan di perairan sungai (termasuk tasik, bekas lombong, empangan dan lain-lain perairan umum): dan

ii. Menjalankan aktiviti penangkapan ikan tidak kurang daripada 25 hari setiap bulan: dan

iii. Sekurang-kurangnya 75 peratus jumlah pendapatan adalah daripada penangkapan ikan: dan

iv. Tiada pekerjaan yang memberikan pendapatan tetap

v. Bebas dari aktiviti penagihan dadah dan menjalani saringan air kencing dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK): dan

vi. Tidak mempunyai caruman dan akaun KWSP yang aktif: dan

vii. Mempunyai lesen perkakas atau vesel menangkap ikan atau berdaftar secara pentadbiran dengan Jabatan Perikanan Malaysia bagi Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian bagi Sarawak dan Jabatan Perikanan Sabah bagi Sabah.

Cara Mohon

Nelayan darat tulen perlu mengisi Borang Permohonan Program Bayaran Elaun Sara Hidup Nelayan Darat dengan menyertakan dokumen seperti berikut:

i. Salinan MyKad

ii. Salinan lesen perkakas atau vesel menangkap ikan yang masih sah berkuatkuasa bagi nelayan yang telah memiliki lesen

iii. Salinan Borang Pendaftaran dan Pengesahan Nelayan Darat

iv. Salinan buku akaun Agrobank atau bank yang bersesuaian sekiranya tiada perkhidmatan Agrobank di lokasi tersebut

v. Gambar pemohon

vi. Lain-lain dokumen sokongan (jika perlu)

Borang permohonan:

i. Borang Permohonan Elaun Nelayan Darat

ii. Borang Pembaharuan Elaun Nelayan Darat

Kaedah Pembayaran

i. Pembayaran elaun sara hidup bulanan kepada nelayan darat tulen yang layak adalah melalui akaun Agrobank atau bank yang bersesuaian sekiranya tiada perkhidmatan Agrobank di lokasi tersebut.

ii. Pembayaran akan dibuat oleh Pejabat Perikanan Negeri ke akaun penerima melalui pihak Agrobank.

Nota : Pendaftaran boleh dikemukakan kepada Pejabat Perikanan Daerah yang berhampiran.

KADAR BAYARAN

Kadar bayaran elaun sara hidup bulanan adalah sebanyak RM250.00 bagi setiap nelayan darat tulen yang layak.

TEMPAT PENDAFTARAN

Permohonan boleh dikemukakan kepada Pejabat Perikanan Daerah yang  berhampiran.

Advertisements

Leave a Comment