ePrasekolah: Permohonan & Pendaftaran Prasekolah KPM 2022 Secara Online ~ Bermula 1 Mac 2021

Kongsikan Artikel Ini

Info%2BLanjut%252C%2BSila%2BLayari %2Bmingguankerja.my%2B%25282%2529%2B%25281%2529
Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan

Bagi ibu bapa yang ingin mendaftarkan prasekolah anak-anak mereka bagi tahun 2022, berikut kami kongsikan maklumat terkini berkaitan tentang maklumat pendaftaran prasekolah 2022. 



Ada beberapa perkara yang perlu para ibu bapa alert dan lakukan untuk pendaftaran anak-anak mereka. Mari baca perkongsian artikel ini. 



Tarikh Permohonan

Secara Dalam Talian: 1 Mac Hingga 30 April 2021

Secara Manual Melalui Sekolah Dimohon: 1 Mac hingga 30 April 2021

Syarat Permohonan Kemasukan Prasekolah 2022

  • Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
  • Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2016 hingga 15 Januari 2018 sahaja yang layak untuk memohon.
syarat%2Bkemasukan%2Bprasekolah


Pemilihan Sekolah

Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu pilihan sekolah sahaja


Pemilihan Murid

Pemilihan murid dilaksanakan di peringkat sekolah melalui Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah dan keputusan adalah muktamad

Proses Permohonan Dalam Talian

  • Layari laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my
  • Daftar Pengguna
  • Log Masuk
  • Klik Borang Permohonan Prasekolah
  • Lengkapkan Maklumat
  • Pilih Sekolah Yang Dipohon
  • Pengesahan Permohonan Oleh Ibu Bapa/Penjaga
  • Hantar Permohonan Dalam talian Selewat-lewatnya 30 April 2021
  • Cetak Permohonan
  • Hantar Cetakan Borang Permohonan beserta dokumen yang berkaitan ke sekolah yang dipohon selewat-lewatnya 31 Mei 2021
  • Semak Keputusan Secara Dalam Talian

Proses Permohonan Secara Manual

  • Ambil borang permohonan di sekolah yang ingin dimohon.
  • Lengkapkan borang permohonan
  • Sediakan Dokumen Yang Diperlukan
  • Hantar Borang Permohonan Beserta Dokumen yang Berkaitan ke Sekolah Yang Dipohon Selewat-lewatnya 31 Mei 2021
  • Semak Keputusan Permohonan Melalui Sekolah Yang Dimohon

Semak Keputusan Permohonan

  • Secara Dalam Talian: Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang https:/eprasekolah.moe.goe.my mulai 5 Ogos 2021 (tertakluk kepada pindaan).
  • Secara Manual Melalui Sekolah Dimohon: Semakan boleh dibuat melalui sekolah yang dimohon mulai 5 Ogos 2021 (tertakluk kepada pindaan).

Rayuan Permohonan


Bagi permohonan yang tidak berjaya, ibu bapa/penjaga boleh mengemukakan rayuan melalui laman sesawang https:/eprasekolah.moe.gov.my dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan diumumkan.

Bagi ibu bapa/penjaga yang mengemukakan permohonan secara manual, rayuan boleh dikemukakan sama ada di sekolah yang dimohon atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/ Pejabat Pendidikan Wilayah (PPW) atau Jabatan pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD/PPW.

Keputusan rayuan boleh disemak melalui sesawang https:/eprasekolah.moe.gov.my mulai 10 Septermber 2021 (tertakluk kepada pindaan).

Bagi rayuan secara manual, semakan keputusan boleh dibuat di tempat rayuan dihantar. Ibu bapa/penjaga juga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah yang berkenaan bagi rayuan yang berjaya.

Tambahan: Pastikan email dikemaskini dan berdasarkan email terkini yang aktif sewaktu membuat permohonan atau semakan.

Maklumat lanjut anda boleh layari https:/eprasekolah.moe.gov.my atau email pertanyaan anda kepada Jabatan Pendidikan Negeri.

maklumat


Kongsikan Artikel Ini