Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim baru baru ini mengumumkan bantuan eWallet RM100 akan direditkan kepada semua rakyat Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas.
Khabar gembira itu diumumkan ketika Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti, Bukit Kiara pada 27 Julai 2023.
Anwar menyatakan inisiatif ini melibatkn peruntukan sekitar RM1 bilion bakal memanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas (dewasa), merangkumi golongan B40 dan M40.
Katanya, inisiatif eTunai kepada golongan dewasa itu diumumkan selepas kerajaan melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai baru baru ini.
Permohonan Bantuan eWallet RM100
Bantuan eWallet RM100 merupakan inisiatif terbaharu yang diumumkan Kerajaan Perpaduan bagi golongan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 ke bawah.
Sebelum ini kerajaan telah menyalurkan bantuan e-wallet “e-Tunai Belia Rahmah” berjumlah RM200 untuk golongan belia dan mahasiswa bagi memupuk budaya bayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.
Bantuan ini tidak dikreditkan secara tunai, namun diberikan dalam bentuk kredit eWallet melalui beberapa penyedia perkhidmatan e-dompet terkemuka yang akan diumumkan kelak.
Syarat Kelayakan eWallet RM100
Buat masa ini syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia; dan
- Berumur 21 tahun ke atas
- Berpendapatan RM100,000 ke bawah
Syarat-syarat lain akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Jumlah Bantuan eWallet RM100
Jumlah kredit bantuan sebagaimana yang diumumkan adalah RM100.
Bantuan yang diberikan bukanlah secara cash sebagaimana STR Fasa 4, sebaliknya diberikan dalam bentuk kredit e wallet seperti e-Tunai Belia Rahmah.
Tarikh Bayaran Bantuan eWallet RM100
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, ia akan dilaksanakan pada suku keempat tahun ini.
Apa maksud suku keempat?
Suku tahunan merupakan kuartal suku (seperempat) tahun iaitu jangka waktu tiga bulan;
- Suku pertama – Januari hingga Mac
- Suku kedua – April hingga Jun
- Suku ketiga – Julai hingga September
- Suku keempat – Oktober hingga Disember
Oleh yang demikian, berdasarkan pengumuman Kementerian Kewangan pelaksanan Suku Keempat ini, kita boleh jangkaan bayaran akan dibuat antara bulan Oktober hingga Disember.
Ini kerana Kementerian Kewangan perlu memperincikan inisiatif ini dengan pemegang taruh yang terlibat dalam inisiatif ini.
Penyedia eWallet Berdaftar
Buat masa ini, tiada lagi pengumuman setakat ini apakah penyedia perkhidmatan yang terlibat dalam melaksanakan program ini.
Namun begitu berdasarkan kepada Bantuan e-Tunai Belia Rahmah sebelum ini, tiga penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat adalah;
- Boost,
- Setel dan
- Touch ‘n Go Wallet.
Pun begitu, beberapa penyedia perkhidmatan e-dompet yang lain seperti GrabPay, ShoppeyPay, BigPay juga mungkin terlibat sekiranya pengumuman rasmi diumumkan kelak selepas ini.
Cara Tebus eWallet RM100
Sekiranya dilaksanakan kelak, pengguna mungkin perlu download salah satu aplikasi syarikat penyedia perkhidmatan yang terlibat.
Untuk makluman, beberapa eWallet yang popular digunakan di Malaysia adalah sebagaimana berikut;
- Touch ‘n Go eWallet
- GrabPay
- Boost
- ShopeePay
- Lazada Wallet
- Setel
- WeChatPay
- MAE
- dan lain-lain lagi.
Bagi pengguna baharu ewallet, proses verifikasi perlu dilakukan melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat.
Pengguna baharu hanya perlu ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut.
Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik Know-Your-Customer (eKYC).
Sebagai contoh, anda mungkin perlu menghantar maklumat tambahan contohnya gambar kad pengenalan untuk proses verifikasi.
Manfaat Kredit eWallet RM100
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pelaksanaan inisiatif ini adalah sebagai usaha baik kerajaan untuk melatih rakyat berhadapan dengan masyarakat tanpa tunai.
“Dengan pelaksanaan konsep ini, rakyat akan menggunakan segala aplikasi dalam perbelanjaan mereka.
“Ini juga sedikit sebanyak membantu perbelanjaan rakyat bagi berhadapan dengan ekonomi masa depan iaitu eonomi digital dan masyarakat tanpa tunai, di samping untuk memperkembangkan ekonomi setempat.
“Apabila mereka berbelanja, maka ekonomi di kawasan itu akan berkembang. Ini antara puluhan perkara yang diumumkan Perdana Menteri pagi tadi (27 Julai). Saya hanya menyentuh sedikit sahaja,” katanya.
Info dan Maklumat Lanjut
Info dan maklumat lanjut inisiatif ini akan diumumkan melalui;
- https://budget.mof.gov.my/manfaat/
- Facebook Kementerian Kewangan
Soalan Lazim (FAQ)
Berikut adalah beberapa soalan lazim mengenai pengumuman bantuan eWallet RM100 yang diumumkan oleh Perdana Menteri;
Apakah inisiatif terbaharu bantuan ewallet yang diumumkan Kerajaan?
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menawarkan bantuan kredit e-Tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.
Apakah syarat kelayakan?
a) Warganegara Malaysia; dan
b) Berumur 21 tahun ke atas
c) Berpendapatan RM100,000 ke bawah
Bilakah tarikh bayaran Bantuan eWallet RM100?
Suku keempat tahun ini (antara Oktober hingga Disember 2023).
Apakah syarikat penyedia perkhidmatan yang terlibat?
Akan diumumkan selepas ini.
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.