Gaji Bawah RM2,500 Layak Terima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) RM350 ~ Ini Cara Mohon

Kongsikan Artikel Ini

 

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai yang lebih tertumpu kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup serta beban yang dihadapi oleh rakyat berpendapatan rendah.

telegram%2Bimage

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai yang lebih tertumpu kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup serta beban yang dihadapi oleh rakyat berpendapatan rendah.
Kami kongsikan kepada anda jumlah Bantuan BKM yang akan diterima oleh bujang.

Kadar Bantuan Yang Diberikan

Berikut adalah jumlah bantuan yang akan diberikan kepada Bujang
Bujang Pendapatan RM2,500 dan ke bawah:
  • RM350

Syarat Kelayakan Untuk Penerima Bujang

Berikut adalah syarat kelayakan untuk penerima BKM bujang:
  • Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat
  • Had umur adalah 21 – 59 tahun
  • Pendapatan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah

Tarikh Pembayaran BKM

Setakat ini tiada tarikh terperinci bilakah pembayaran BKM 2022 akan dilaksanakan. Kami akan kongsikan tarikh pembayaran daripada semasa ke semasa.

Cara Membuat Permohonan

Data penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.
Namun begitu, permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Tarikh Permohonan / Pengemaskinian BKM

Permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat bermula 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022. (Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa)
AVvXsEiklUh4erFR642B9Zuj5pvW5

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai pembentangan bajet 2022 bolehlah melayari laman web Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/


Kongsikan Artikel Ini