Isu gelombang 5G dalam kalangan pengguna internet telah menjadi bualan hangat, dengan pelbagai pendapat dan teori yang bertentangan. Terdapat dakwaan yang mengaitkan teknologi 5G dengan pelbagai masalah kesihatan seperti sakit badan, migrain teruk, dan masalah tidur.
Walau bagaimanapun, kajian saintifik secara umum menunjukkan gelombang 5G tidak mempunyai kesan negatif yang ketara terhadap kesihatan manusia.
Baca Juga : Rayuan STR Fasa 3 : Maksud Status Tidak Lulus dan Dalam Proses
Apakah itu Teknologi 5G?
Teknologi 5G, atau generasi kelima adalah standard telekomunikasi terbaru yang direka untuk meningkatkan kapasiti dan kecepatan rankaian mudah alih.
Teknologi iini menggunakan gelombang radio dalam spektrum frekuensi yang lebih tinggi berbanding 4G.
Kelebihan utama teknologi 5G adalah ia mampu menyokong jumlah pengguna yang lebih besar, menyediakan kecepatan data yang sangat tinggi dan mengurankan latensi iaitu masa yang diperlukan untuk menghantar data dari satu titik ke titik lain.
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook mencuri perhatian ramai dengan mengungkapkan bahawa beliau mengalami peningkatan kesihatan selepas menukar tetapan peranti daripada 5G ke 4G.
“Setelah menukar setting handphone dari 5G ke 4G, tangan dah tak rasa kebas dan tak rasa pening-pening kepala macam sebelum ni. Rasanya semua yang pakai 5G boleh tukar juga. Mengarut sangat 5G ni,” kongsinya dengan penuh keyakinan.
Dakwaan Warganet Berkenaan Penggunaan 5G
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook mencuri perhatian ramai dengan mengungkapkan bahawa beliau mengalami peningkatan kesihatan selepas menukar tetapan peranti daripada 5G ke 4G. “Setelah menukar setting handphone dari 5G ke 4G, tangan dah tak rasa kebas dan tak rasa pening-pening kepala macam sebelum ni. Rasanya semua yang pakai 5G boleh tukar juga. Mengarut sangat 5G ni,” kongsinya dengan penuh keyakinan.
Hantaran lelaki itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Ramai yang memandangnya dengan sinis, menyifatkan kenyataan tersebut sebagai satu jenaka dan meminta lelaki tersebut untuk mendapatkan rawatan perubatan yang sesuai.
Mereka menegaskan bahawa tiada bukti saintifik yang menyokong dakwaan tersebut dan menuduh lelaki itu terpengaruh oleh teori konspirasi yang tidak berasas.
Namun, tidak disangka, terdapat juga ramai yang bersetuju dengan kenyataan lelaki tersebut. Mereka mendakwa mengalami simptom-simptom yang sama, seperti badan semakin tidak sihat dan sukar untuk menghafal ayat-ayat Quran, selepas beralih kepada teknologi 5G.
Ini menunjukkan bahawa isu ini menimbulkan keresahan di kalangan segelintir masyarakat, walaupun tidak ada bukti saintifik yang kukuh untuk menyokong dakwaan tersebut.
Isu ini sebenarnya bukanlah baru. Ketika peralihan daripada teknologi 3G ke 4G dahulu, terdapat juga dakwaan bahawa gelombang elektromagnetik boleh menyebabkan penyakit kronik seperti kanser.
Bagaimanapun, tiada bukti yang menunjukkan bahawa teknologi 4G menyebabkan kematian atau penyakit kronik yang serius. Hal yang sama berlaku dengan teknologi 5G. Walaupun banyak kajian saintifik telah dijalankan, tiada bukti yang kukuh menunjukkan bahawa gelombang 5G berbahaya bagi kesihatan manusia.
Implikasi 5G Terhadap Kesihatan
Teknologi 5G telah menjadi perbincangan hangat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terutamanya berkaitan dengan kesannya terhadap kesihatan manusia.
Agensi kesihatan utama seperti WHO dan ICNIRP mengatakan tiada bukti jelas yang menunjukkan bahawa 5G berbahaya pada tahap pendedahan yang dibenarkan. Namun, kajian lanjut diperlukan untuk memastikan keselamatan jangka panjang dan memantau potensi kesan kesihatan.
Radiasi Radiofrekuensi (RF)
5G beroperasi pada frekuensi radio yang lebih tinggi, termasuk gelombang millimeter (MMW). Walaupun frekuensi ini lebih tinggi, ia tidak menembusi badan manusia dengan mendalam dan biasanya hanya diserap oleh lapisan kulit dan tisu luar. Agensi seperti WHO dan ICNIRP menyatakan bahawa radiasi RF dalam julat ini tidak menunjukkan risiko kesihatan yang terbukti secara konsisten.
Kesan Kesihatan
Kajian semasa, termasuk yang dilakukan oleh organisasi kesihatan utama, menunjukkan tiada bukti jelas bahawa radiasi 5G menyebabkan masalah kesihatan pada tahap pendedahan yang dibenarkan. Pendedahan kepada radiasi RF dari peranti mudah alih dan menara selular dalam had yang ditetapkan oleh standard keselamatan tidak dikaitkan dengan kesan kesihatan yang berbahaya.
Kesimpulan
Secara keseluruhan, walaupun teknologi 5G membawa banyak potensi manfaat, termasuk kelajuan internet yang lebih tinggi dan pengembangan teknologi baru, kajian sedia ada menunjukkan bahawa radiasi yang dihasilkan berada pada tahap yang selamat.
Namun, penting untuk terus memantau dan menyelidik kesan jangka panjang untuk memastikan keselamatan awam.
Dengan maklumat yang berterusan dan kajian yang lebih mendalam, masyarakat dapat lebih memahami dan memanfaatkan teknologi 5G dengan selamat dan berkesan.
Baca Juga :
- Tanda-Tanda Tanah Runtuh dan Langkah-Langkah Pencegahan
- SARA 2024 : Semakan Status Bayaran Sumbangan Asas Rahmah
- Permohonan Baru Bantuan RM350 Golongan Bujang Dibuka
Sumber :
Khairul is the insightful author behind www.mingguankerja.my, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Khairul is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”