GKP 4.0: Jumlah Bayaran & Tarikh Pengkreditan

Kongsikan Artikel Ini

telegram%2Bimage

Sebentar tadi Perdana Menteri ada mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang bertujuan untuk membantu dan meringankan kesusahan rakyat.

Pelaksanaan Geran Khas Prihatin atau GKP telah berjaya menyokong
kelangsungan perniagaan atau business survival dalam kalangan peniaga kecil,
terutamanya mereka yang masih tidak dibenarkan beroperasi. Secara
keseluruhan Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah 5.1 bilion ringgit melalui
inisiatif GKP. 

Kami kongsikan kepada anda maklumat terperinci bantuan Geran Khas Prihatin PEMULIH ini.


Bayaran GKP 3.0

Di bawah PEMERKASA Tambahan, penerima yang layak telahpun mendapat bayaran GKP 3.0 mereka sebanyak 1 ribu ringgit kira-kira dua minggu lepas, dan bakal mendapat 500 ringgit lagi pada pertengahan bulan Julai nanti. 

Bulan Bayaran GKP 3.0: 
  • RM1000 Jun 2021
  • RM500   Julai 2021
gkp%2B1

____________________________________________________________________

Anda mungkin berminat pada artikel ini

____________________________________________________________________

Bayaran GKP 4.0

Kerajaan telah bersetuju
untuk menyediakan bayaran tambahan di bawah GKP 4.0 kepada penerima yang
layak iaitu sebanyak 500 ringgit akan dibayar pada bulan September dan 500
ringgit lagi pada bulan November 2021


Bulan Bayaran GKP 4.0:
  • RM500 September 2021
  • Rm500 November 2021
gkp%2B4.0%2B2

gkp%2B4.0%2B3



Kerajaan berharap dengan bayaran GKP 4.0 ini, kira-kira 1 juta usahawan PKS mikro khususnya pengusaha kedai gunting rambut, pemilik workshop, kedai roti dan kek, pusat penjagaan kesihatan, dan lain-lain dapat mengurangkan tanggungan bulanan dan membantu aliran tunai mereka, Insya-Allah. 

Permohonan Baharu GKP 4.0

Usahawan mikro yang masih belum pernah mendapat bantuan ini, pendaftaran akan mula dibuka pada pertengahan Julai nanti.


Kongsikan Artikel Ini