GKP PERMAI: Bantuan Tambahan RM1,000 dan RM500 Buat Peniaga Seluruh Malaysia

Kongsikan Artikel Ini

geran%2Bkhas%2Bprihatin%2Bpermai

Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan

Para peniaga dan penjaja adalah golongan yang sangat terjejas pendapatannya semenjak PKP ini dilaksanakan bermula daripada PKP1.0 sehinggalah sekarang. Pendapatan mereka merosot, hasil jualan berkurang hari demi hari. 


Namun demikian, kerajaan sedar dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh golongan peniaga ini. Kerajaan tampil dengan satu solusi untuk membantu dan meringankan beban golongan peniaga. Menerusi pengumuman pakej bantuan PERMAi baru-baru ini yang diumumkan oleh Perdana Menteri, kerajaan bersetuju untuk memperluaskan inisiatif Geran Khas Prihatin Tambahan yang melibatkan para peniaga dan PKS di seluruh negeri di Malaysia.

Sebanyak RM650 juta peruntukan tambahan untuk inisiatif GKP Tambahan ini akan diberikan kepada mereka yang memerlukan. Kerajaan juga akan memperluaskan GKP Tambahan ini kepada 800,000 ribu peniaga kecil dan sederhana (PKS).

geran%2Bkhas%2Bprihatin%2B2


Jumlah Bayaran Geran Khas Prihatin Tambahan PERMAI

  • PKS di negeri PKP – RM1,000
  • PKS di negeri lain (PKPB & PKPP) – RM500

Apa Definisi Geran Khas Prihatin Tambahan (GKP Tambahan) di bawah Pakej Permai?

GKP Tambahan adalah bantuan kewangan bantuan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) dmikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini.

Siapakah Yang Layak Menerima GKP Tambahan?

GKP Tambahan ini akan diberikan kepada penerima yang lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk rayuan.

Bilakah Tarikh Pembayaran GKP Dibuat?

Tarikh Bayaran GKP Tambahan akan dibuat bermula pada bulan Mac 2021

Bagaimana Kaedah Pembayaran GKP Ini Dilaksanakan?

Kaedah pembayaran adalah sama seperti pelaksanaan GKP 1.0 dan GKP 2.0 iaitu dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa peribadi penerima yang didaftarkan pada permohonan GKP sebelum ini. Pembayaran hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang akfit sahaja.

Maklumat Tambahan

Untuk maklumat terkini berkaitan dengan Geran Khas Prihatin Tambahan ini, anda boleh melayari laman web gkp.hasil.gov.my untuk mendapatkan info terkini. 

Semoga artikel ini dapat membantu para peniaga kecil dan PKS meringankan beban mereka. Jangan lupa untuk share artikel ini. Semoga bermanfaat. 


Kongsikan Artikel Ini