Hilang IC: Cara Untuk Membuat Permohonan MyKAD Online & Semakan Bagi Kadar Denda

Kongsikan Artikel Ini

Cara%2BUntuk%2BPermohonan%2BMyKAD%2BOnline


Sebagai warganegara Malaysia, sudah tentunya setiap individu mempunyai Kad pengenalan (Mykad). IC, MyKad atau kad pengenalan ialah salah satu dokumen peribadi yang perlu kita bawa ke mana-mana dan perlulah dijaga sebaik yang mungkin.

Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Pendaftaran Negara JPN telah mengeluarkan arahan yang keras dengan mengambil tindakan denda mana-mana yang hilang kad pengenalan. IC hilang apa nak buat? Inilah yang anda perlu tahu sama ada anda pernah hilang kad pengenalan kali pertama, kedua, ketiga atau seterusnya.


Di artikel ini kami telah kongsikan bagaimana cara permohonan mykad online & semakan kadar denda.


APAKAH KAD PENGENALAN (MYKAD)

Mengikut wikipedai, MyKad adalah merupakan sekeping kad pengenalan pintar yang digunakan di Malaysia. Bersama-sama dengan pasport, Malaysia ialah merupakan negara pertama di dunia yang menggunakan kad pengenalan dan pasport yang menggabungkan teknologi cip dan biometrik terkini untuk meningkatkan keselamatan dan kesahihan pemiliknya. Kad ini telah dilancarkan secara rasminya pada September 2001.

Perkataan ‘MyKad’ mempunyai maksud yang tersendiri. Perkataan ‘My’ bererti Malaysia dan juga kata ganti nama kepunyaanku dalam bahasa Inggeris. Perkataan ‘Kad’ pula bermaksud kad ataupun singkatan kepada ‘Kad Akuan Diri’.

CARA PERMOHONAN MYKAD ONLINE

Bagi permohonan secara online hanya 4 jenis pengantian sahaja yang dibenarkan iaitu:

  • Gantian Kerosakan Fizikal Kad
  • Gantian Kerosakan Cip
  • Gantian Biasa
  • Gantian Hilang Kali Pertama (Kecuaian)

__________________________________________________________________________

Anda mungkin berminat pada artikel ini
_________________________________________________________________________

DAFTAR SISTEM PERMOHONAN SISTEM GANTIAN MyKAD

Pemohon yang baru pertama kali menggunakan sistem MyKadGanti mestilah mendaftar dengan terlebih dahulu:

  • Layari pautan: https://gantianmykad.jpn.gov.my/
  • Klik pautan “Daftar akaun sekarang” seperti yang dipaparkan..
  • Isikan semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat.
  • Pemohon akan menerima makluman pendaftaran yang akan dihantar ke emel yang didaftarkan.
  • Pemohon perlu klik pada pautan yang diberi sebagai pengesahan pendaftaran.
  • Seterusnya pemohon akan dipaparkan ke halaman utama web.
  • Masukkan kata laluan yang anda ingin, sahkan sekali lagi.
  • Sahkan CAPTCHA yang tertera.
  • Notifikasi pengaktifan kata laluan berjaya.

LOGIN SISTEM PERMOHONAN SISTEM GANTIAN MyKAD

Cara permohonan mykad online adalah seperti yang berikut:

  1. Layari pautan: https://gantianmykad.jpn.gov.my/
  2. Masukkan No MyKad atau emel dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  3. Klik pada Permohonan di menu utama atau pada pautan “Mohon di sini”.
  4. Pada laman Akuan Penafian. Klik pada butang “Setuju”.
  5. Masukkan semua butiran maklumat permohonan yang diperlukan.
  6. Sekiranya permohonan gantian memerlukan perbayaran, pemohon/pengguna akan di redirect kan ke Payment Gateway.
  7. Pemohon boleh semak pada Menu “Rekod Transaksi “ atau klik pautan klik sini untuk melihat status kemaskini permohonan.
  8. Sila cetak resit pembayaran dan bawa bersama untuk mengambil kad pengenalan baru anda di kaunter.

TEMPOH MASA KUTIPAN MYKAD

Tempoh masa kutipan MyKad bagi transaksi permohonan dalam talian yang berjaya adalah berbeza bergantung kepada pilihan pusat kutipan seperti berikut :

  • Selepas tempoh 30 minit di Ibu Pejabat JPN Wilayah Persekutuan Putrajaya, Ibu Pejabat Negeri dan semua Cawangan UTC.
  • Selepas tempoh 5 hari waktu bekerja di JPN cawangan Semenanjung Malaysia
  • Selepas tempoh 7 hari waktu bekerja di JPN cawangan Sabah dan Sarawak

WAKTU OPERASI SISTEM GANTIAN MYKAD

Waktu operasi bagi Sistem Gantian MyKad atas talian JPN adalah seperti yang berikut:

  • Isnin hingga Jumaat : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
  • Sabtu dan Ahad : Sistem ditutup
  • Cuti Umum : Sistem ditutup

SOALAN LAZIM

Perlukah membuat laporan polis jika MyKad/IC hilang?

Anda disarankan agar segera ke balai polis untuk membuat laporan MyKad hilang. Salinan laporan polis boleh digunakan sementara anda belum membuat kad pengenalan baru dan perlu dikemukakan kepada JPN semasa permohonan kad pengenalan baru.

Berapakah harga Jumlah Bayaran Denda IC hilang akibat kecuaian sendiri?

KEHILANGAN                             BAYARAN DENDA                                 JUMLAH +CAJ

  1. Kali Pertama                       RM100                                                    RM110
  2. Kali Kedua                          RM300                                                    RM310
  3. Kali Ketiga, Seterusnya      RM1,000                                                 RM1,010
* Setiap kehilangan turut akan dicaj dengan bayaran permohonan sebanyak RM10

Apakan syarat untuk dapat membuat gantian Mykad secara online?

  • Anda mesti warganegara Malaysia
  • Caj bayaran dibayar semasa mengambil gantian kad di cawangan JPN
  • Hanya kad pengenalan yang rosak sahaja dibenarkan tanpa mengubah alamat rumah / kediaman atau gambar
  • Permohonan kad pengenalan yang telah anda buat mesti diambil oleh pemilik iaitu anda sendiri

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan tentang IC hilang,sila hubungi Jabatan Pendaftaran Negara di talian yang berikut:


Kongsikan Artikel Ini