i-Biaya: Permohonan Rumah Mampu Milik Untuk Golongan B40 2022

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR: Inisiatif pembiayaan perumahan Malaysia dikenali sebagai i-Biaya, yang akan dilancarkan Khamis ini menggariskan matlamat meningkatkan pemilikan kediaman terutama dalam kalangan golongan B40, M40 dan pekerja sektor tidak formal.


KUALA LUMPUR: Inisiatif pembiayaan perumahan Malaysia dikenali sebagai i-Biaya, yang akan dilancarkan Khamis ini menggariskan matlamat meningkatkan pemilikan kediaman terutama dalam kalangan golongan B40, M40 dan pekerja sektor tidak formal.
Ia adalah antara inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang digariskan di bawah Program Pemilikan Kediaman (HOPE) dengan kolaborasi pelbagai rakan strategik.


Timbalan Ketua Setiausaha KPKT (Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti), Datuk Azhar Ahmad, berkata selain membantu golongan berkenaan mencakupi aspek permohonan pembiayaan, ia turut menyokong sasaran penyediaan sebanyak 500,000 rumah mampu milik menjelang 2025.


Tiga Komponen i-Biaya

Beliau berkata, ada tiga komponen di bawah i-Biaya iaitu Skim Rumah Pertamaku – Cagamas SRP Berhad; Skim Jaminan Kredit Perumahan – Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) dan Sewa untuk Beli (RTO) Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA).
“Pembiayaan adalah satu perkara yang penting kerana bila rumah ada tetapi tidak ada kemudahan pembiayaan yang boleh diperoleh oleh pembeli. Maka, ianya tidak lengkap dari segi proses. Tidak ada pembeli terutama golongan B40 dan M40 selalunya menghadapi masalah akses pembiayaan untuk mendapatkan pembiayaan.
“Antara faktor menyumbang dapat pembiayaan perumahan ini adalah dari segi rekod kredit bakal pembeli atau pemohon yang lemah. Kedua, tahap risiko yang tinggi dan ada juga dokumen yang tidak cukup bagi menyokong ataupun pembayaran balik…sebagaimana yang dikehendaki institusi kewangan.
“Banyak pembeli yang tidak berjaya dari segi permohonan mereka kerana disebabkan faktor tertentu. Jadi, Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) suruh lihat model tersebut dan mengkaji model pembiayaan baharu yang bersesuaian ataupun lebih fleksibel terutama mereka tidak ada kerja tetap, tidak ada slip gaji,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi taklimat media sempena pelancaran i-Biaya di sini, hari ini.

386,000 Rumah Mampu Milik Untuk Golongan B40

Inisiatif i-Biaya akan dilancarkan Khamis ini oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Difahamkan, ketika ini terdapat 386,000 ‘stok’ rumah mampu milik daripada sasaran 500,000 unit menjelang 2025 untuk golongan B40 dan M40, seperti digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Menurut Azhar, ia menjadikan 77.2 peratus stok rumah mampu milik tersedia sehingga tahun 2025. Bakinya, kerajaan bersama pihak swasta akan mencari jalan untuk menyediakan kemudahan itu.
Mengulas lanjut mengenai kaedah pembiayaan baharu, Azhar berkata pihaknya akan melihat dari segi kredit atau digital footprint (jejak digital).
Beliau peka terdapat individu yang permohonan pembiayaan mereka untuk membeli rumah ditolak dan pihaknya turut akan membantu golongan berkenaan melalui inisiatif sama.

Syarat Pemilik Rumah i-Biaya

“Menteri (Perumahan dan Kerajaan Tempatan) pernah sebut ada dua perkara yang perlu kita lihat iaitu seseorang itu ada keupayaan membayar, penilaian kredit tinggi, dokumen cukup tiada masalah dan satu golongan boleh bayar tetapi tidak ada dokumen…jadi pihak bank tidak dapat teruskan.

“Contohnya macam golongan (pekerja) gig ekonomi…pendapatannya ada tetapi ada kalanya bulan ini (pendapatan) tinggi, bulan depan (pendapatan) rendah.
“Kedua, golongan seperti peniaga kecil, peniaga pasar malam, peniaga ikan, penjaja dan sebagainya…yang tidak ada slip gaji setiap bulan tetapi mampu membeli.
“Ini antara perkara yang perlu dilihat oleh Bank Negara supaya golongan ini ada ruang untuk dapat pembiayaan untuk membeli rumah,” katanya.


Kongsikan Artikel Ini