i-Lestari: Permohonan Baharu Pengeluaran i-Lestari Sehingga RM500 Sebulan

Kongsikan Artikel Ini

permohonan%2Bi lestari%2Bkwsp

Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan


Tahukah anda untuk pengeluaran i-Lestari sebenarnya berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 sehinggalah 31 Mac 2021. Maknanya, bagi anda ahli KWSP, anda boleh untuk membuat pengeluaran i-Lestari anda.



Sekiranya anda belum membuat pengeluaran dan berhasrat untuk membuat pengeluaran i-Lestari, kami kongsikan kepada anda cara muda untuk membuat pengeluaran secara online.



Jangan risau sekiranya permohonan i-Sinar anda tidak diluluskan. anda boleh untuk membuat pengeluaran i-Lestari berjumlah daripada RM50 sehinggalah RM500.

Mari baca perkongsian daripada kami cara mudah untuk membuat pengeluaran ini.

MAKLUMAT PENGELUARAN i-LESTARI KWSP

  •  Tarikh Pengeluaran: Sehingga 31 Mac 2021
  • Jumlah Pengeluaran: RM50 sehingga RM500

CARA MEMBUAT PERMOHONAN BARU i-LESTARI

Kami kongsikan kepada anda cara mudah untuk membuat permohonan baru i-Lestari secara atas talian:
  • Layari laman web ilestari.kwsp
  • Klik PERMOHONAN BAHARU
  • Isikan Nama Penuh, No Mykad, No Telefon Bimbit, Alamat e-mel, Alamat dan Poskod
  • Pilih jumlah amaun dimohon sebulan (RM) 
  • Pilih Bank dan Masukkan Nombor Akaun Bank (Simpanan/Semasa) Aktif
  • Tanda pada kotak pengesahan pengakuan pemohon
  • Baca dan fahami perakuan pemohon dan tekan butang setuju
  • Pastikan semua maklumat yang diisi adalah betul dan tepat sebelum menekan butang hantar
  • Permohonan pengeluaran anda telah berjaya dihantar
cara%2Bmohon%2Bi lestari


Maklumat Tambahan

  • Sila pastikan maklumat yang anda isi adalah tepat & muktamad untuk diproses oleh KWSP. Maklumat tidak dapat ditukar selepas permohonan dihantar.
  • Semakan status permohonan boleh dibuat dalam tempoh DUA (2) hari selepas permohonan dibuat.
i%2Blestari


i%2Blestari%2B2

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Semakan status permohonan boleh dibuat dengan cara berikut:

  • Layari laman Semakan Status i-Lestari.
  • Masukkan Nombor MyKad dan Nombor Telefon
  • Klik SEMAK
  • Status permohonan akan dipaparkan bagi tujuan semakan
semak%2Bi%2Blestari



Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda!

Sumber: Semakankerjaya.com

Kongsikan Artikel Ini