i-Sinar: Cara Mudah Muat Naik Dokumen Sokongan i-Sinar KWSP Kategori 2 ~ Permohonan Kini dibuka 11 Januari 2021

Kongsikan Artikel Ini

i Sinar%2BCara%2BMudah%2BMuat%2BNaik%2BDokumen%2BSokongan%2Bi Sinar%2BKWSP%2BKategori%2B2%2BPermohonan%2BKini%2Bdibuka%2B11%2BJanuari%2B2021
Tahukah anda, sekiranya permohonan i-Sinar Kategori 1 anda tidak diluluskan, anda boleh untuk membuat permohonan di bawah i-Sinar Kategori 2 bermula hari ini. 



Namun demikian terdapat beberapa dokumen sokongan penting yang anda perlu sertakan sekali semasa membuat permohonan i-Sinar Kategori 2 ini. 

Kami di Mingguankerja berkongsi kepada anda senarai dokumen sokongan dan cara memuatnaik dokumen permohonan i-Sinar Kategori 2.
Cara Permohonan i-Sinar Kategori 2
Permohonan i-Sinar Kategori 2: Klik Di Sini

Dokumen Sokongan iSinar Kategori 2 Yang Perlu Disertakan
Anda boleh membuat permohonan i-Sinar Kategori 2 di laman web isinar.kwsp.gov.my

Bermula hari ini 11 Januari 2021, permohonan i-Sinar Kategori 2 sudah dibuka. Sedikit berbeza dengan kategori 1 yang mendapat kelayakan automatik, anda hendaklah memerlukan dokumen sokongan untuk membuat permohonan kategori 2. 
dokumen%2Bsokongan


Senarai Dokumen Sokongan i-Sinar Kategori 2 Yang Diperlukan
  • Slip/ Penyata gaji SEBELUM pengurangan pendapatan keseluruhan (gaji, elaun tetap, elaun kerja lebih masa, elaun lain, tidak termasuk bonus dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh permohonan); DAN
  • Slip/ Penyata gaji SELEPAS pengurangan pendapatan keseluruhan (gaji, elaun tetap, elaun kerja lebih masa, elaun lain, tidak termasuk bonus antara bulan April 2020 sehingga bulan permohonan; DAN
  • Notis Pengesahan Majikan berkenaan pemotongan gaji dan/atau elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ ATAU
  • Dokumen sokongan lain yang membuktikan pengurangan pendapatan seperti penyata bank.
Contoh Dokumen Sokongan iSinar Kategori 2 Bagi Yang Bekerja Sendiri
Jika anda bekerja dalam sektor tidak formal (seperti: bekerja sendiri, penghantar makanan, pemandu e-Hailing, Freelancer) dan pendapatan terjejas, dokumen sokongan yang boleh dikemukakan adalah seperti berikut:

Contoh:

Encik Ali merupakan peniaga di pasar tani. Pendapatannya terjejas mulai April 2020. Beliau memohon i-Sinar pada Januari 2021.

Penyata Bank yang perlu beliau dikemukakan adalah bagi bulan berikut:

  1. Pilih salah SATU (1) bulan SEBELUM pendapatan terjejas (SATU bulan dalam tempoh 12 bulan di antara bulan April 2019 sehingga Mac 2020)
  2. Pilih salah SATU (1) bulan SELEPAS pendapatan terjejas (SATU bulan selepas bulan April 2020 sehingga bulan Januari 2021)
Cara Muat Naik Dokumen Sokongan iSinar Kategori 2 Wajib Anda Tahu
Anda hendaklah memuatnaik secara online dokumen sokongan i-Sinar anda di laman web https://isinar.kwsp.gov.my/

Pastikan ia jelas dan boleh dibaca. Anda juga boleh menggunakan telefon bimbit untuk memuat naik gambar dokumen sokongan.

Berikut kami kongsikan langkah mengambil gambar dokumen sokongan melalui infografik yang dikongsikan oleh KWSP:
dokumen%2B1

dokumen%2B2


dokumen%2B3

dokumen%2B4

Anda akan diminta memuat naik semula dokumen sekiranya dokumen tardahulu yang anda muat naik tidak jelas, tidak lengkap dan tidak berkaitan. 
dokumen%2B5

dokumen%2B6

Justeru itu, pastikan dokumen yang anda ambil gambarnya jelas dan mudah untuk dibaca.
dokumen%2B7
Semakan Status & Tarikh Bayaran
  • Bagi i-Sinar Kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat.
  • Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
  • Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
  • Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.
Adakah Dibenarkan Membuat Pindaan Kepada Maklumat Permohonan Yang Telah Dihantar Pada Disember 2020?
Boleh.
  • Cara membuat pindaan adalah seperti berikut:
  • Klik tab ‘Semak Status Permohonan’ di i-Sinar Online.
  • Pilih ‘Kemas Kini Permohonan’ untuk meminda maklumat seperti amaun permohonan, alamat surat menyurat, dan nombor akaun bank.

Maklumat Lanjut Tentang i-Sinar Kategori 2
Anda boleh mengikuti perkembangan terkini di media sosial KWSP atau layari portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. 

Kongsikan Artikel Ini