i-Sinar: Cara Mudah Semak Status Lulus dan Tarikh Pembayaran i-Sinar KWSP Kategori 2 Menggunakan i-Akaun

Kongsikan Artikel Ini

status%2Blulus%2Bdan%2Btarikh%2Bbayaran

image%2Btele

Berita baik bagi anda yang membuat permohonan i-Sinar Kategori 2, pembayaran interim sebanyak RM1000 akan dilaksanakan bermula 25 Januari ini. Bagi anda yang tidak diluluskan permohonan kategori 1, anda boleh untuk memohon i-Sinar kategori 2 ini.



Sekiranya anda sudah membuat permohonan i-Sinar kategori 2 dan anda ingin menyemak status lulus dan kemasukan duit pembayaran, kami kongsikan kepada anda cara mudah untuk menyemak status lulus i-Sinar kategori 2 menggunakan i-akaun.

Kami kongsikan kembali cara yang dilakukan oleh fb Qiemut Fadhzillah kepada anda:

Cara Semak Status Lulus Dan Kemasukan Duit i-Sinar Kategori 2 Menggunakan i-akaun

1. Log-in i-akaun, kemudian tekan Pengeluaran/Withdrawal

Inkedi%2Bakaun%2B1 LI



2. Tekan Sejarah Pengeluaran/Withdrawal History

i%2Bakaun%2B2



3. Tengok status, kalau lulus tekan perkataan i-Sinar untuk payment detail. Sekiranya status masih pending. sila tunggu dengan tabah.

i%2Bakaun%2B3


4. Tarikh yang ditunjukkan di sejarah bayaran pengeluaran itulah duit yang akan dimasukkan nanti. Cuma status sama ada dimasukkan pagi, petang atau malam bergantung kepada kwsp.

i%2Bakaun%2B4


5. Contoh permohonan kategori 2 yang sudah pun diluluskan.

i%2Bakaun%2B5

Maklumat Tambahan Untuk Anda

Kami sarankan untuk anda menggunakan i-akaun bagi menyemak kelulusan dan kemasukan pembayaran kerana infonya yang lebih tepat dan boleh dipercayai. 

Tambahan pula, hal ini akan menjimatkan masa anda daripada  pergi ke cawangan KWSP berbaris panjang semata-mata untuk bertanyakan soalan tentang lulus ataupun tidak permohonan anda.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dan keluarga.

Kredit: fb Qiemut Fadhzillah


Kongsikan Artikel Ini