Memandangkan ramai individu yang tidak diluluskan permohonannya bagi i-Sinar kategori 1, tahukah anda, bahawa anda boleh untuk memohon i-Sinar Kategori 2?
Caranya cukup mudah sahaja, anda cuma perlu untuk membuat permohonan di laman web kwsp dan seterusnya memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
Namun demikian, masih terdapat segelintir individu yang tidak tahu dokumen sokongan bagaimana yang diperlukan untuk permohonan i-sinar Kategori 2.
Kami di Mingguankerja berbesar hati untuk berkongsi kepada anda contoh dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan i-Sinar Kategori 2:
Dokumen Sokongan iSinar Kategori 2 Yang Perlu Disertakan
Anda boleh membuat permohonan i-Sinar Kategori 2 di laman web isinar.kwsp.gov.my
Bermula 11 Januari 2021 lepas, permohonan i-Sinar Kategori 2 sudah dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang ingin memohon.
Senarai Dokumen Sokongan i-Sinar Kategori 2 Yang Diperlukan
- Slip/ Penyata gaji SEBELUM pengurangan pendapatan keseluruhan (gaji, elaun tetap, elaun kerja lebih masa, elaun lain, tidak termasuk bonus dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh permohonan); DAN
- Slip/ Penyata gaji SELEPAS pengurangan pendapatan keseluruhan (gaji, elaun tetap, elaun kerja lebih masa, elaun lain, tidak termasuk bonus antara bulan April 2020 sehingga bulan permohonan; DAN
- Notis Pengesahan Majikan berkenaan pemotongan gaji dan/atau elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ ATAU
- Dokumen sokongan lain yang membuktikan pengurangan pendapatan seperti penyata bank.
Contoh Dokumen Sokongan Yang Diperlukan Untuk Permohonan Kategori 2
1.Slip Penyata Gaji Sebelum dan Selepas Pengurangan Pendapatan Berlaku |
2. Contoh Penyata Bank Sebagai Bukti Pengurangan Pendapatan |
3. Notis Pemotongan Elaun Oleh Majikan |
4. Notis Behenti Kerja Oleh Majikan |
Maklumat Lanjut Tentang i-Sinar Kategori 2
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda mempermudahkan urusan permohonan i-Sinar KWSP Kategori 2.
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.