i-Sinar KWSP: Jadual dan Tarikh Pembayaran i-Sinar KWSP Kategori 1 Secara Berperingkat

Kongsikan Artikel Ini

Jadual%2Bdan%2BJumlah%2BPembayaran%2Bi Sinar
Berita baik untuk pemohon i-Sinar KWSP kategori 1, pembayaran i-sinar telah pun dikreditkan ke akaun masing-masing secara peringkat-peringkat.



Walaupun pada awalnya,  tarikh rasmi pembayaran i-Sinar KWSP dikatakan pada 11 Januari 2021, tapi pengkreditan telah pun diawalkan ke tarikh 5 Januari 2021.

Namun demikian, tidak semua pemohon akan dikreditkan seawal 5 Januari 2021, kerana pembayaran ini akan dikreditkan secara peringkat mengikut kepada jadual pembayaran.

Kami di Mingguankerja ingin berkongsi kepada anda jadual pembayaran  dan tarikh bayaran i-Sinar KWSP. Diharapkan akan membantu anda untuk mengetahui jadual pembayaran i-Sinar anda. 
JADUAL PEMBAYARAN JUMLAH I-SINAR KWSP MENGIKUT BULAN
Jadual Bayaran iSinar KWSP RM10000%2B%25281%2529
Tarikh Pembayaran i-Sinar KWSP
Untuk mengelakkan berlaku segala kekeliruan dan salah faham, elok kiranya anda menyemak dan merujuk jadual pembayaran mengikut tarikh seperti di bawah ini: 
jadual%2Bi%2Bsinar

Gambaran jadual di atas menunjukkan kumpulan dan tarikh pembayaran secara berperingkat-peringkat yang dilaksanakan.
Bagi mereka yang berada di kumpulan 8, mereka akan menerima bayaran pada 5 Januari lepas.  

Begitu juga bayaran bagi kumpulan seterusnya. Tarikh pembayaran adalah mengikut nombor kumpulan. Mengikut jadual tarikh pengkreditan hari ini 8 Januari 2021, bayaran dijangkakan akan diterima oleh kumpulan 11. 
Sekiranya permohonan anda tidak diluluskan bagi i-Sinar KWSP kategori 1, anda boleh untuk memohon permohonan i-Sinar Kategori 2 yang akan dibuka pada 11 Januari 2021 ini. Berikut kami kongsikan syarat dan cara permohonan bersama dengan dokumen yang anda perlu sediakan sebelum anda membuat permohonan.

Perlu diingatkan, sekiranya dokumen anda lengkap memenuhi kriteria dan syarat ditetapkan oleh KWSP, tiada halangan dan masalah, InshaAllah permohonan anda akan diluluskan.

Syarat Kelayakan i-Sinar Kategori 2
  • Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun.
  • Mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.

i sinar kategori 2


Cara Permohonan & Dokumen Yang Perlu Disertakan
  • Permohonan i-Sinar hanya dibuka secara online di laman web isinar.kwsp.gov.my
  • Permohonan dibuka mulai 11 Januari 2021.
Berbeza dengan Kategori 1 yang mendapat kelayakan automatik, permohonan Kategori 2 memerlukan dokumen sokongan.

Permohonan i-Sinar Kategori 2 Memerlukan bersama dokumen berikut:
  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
  • Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.
Maklumat Lanjut Tentang i-Sinar Kategori 2
Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, sila hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848. atau rujuk Soalan Lazim (FAQ) i-Sinar di SINI.
Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda dan keluarga. 



Kongsikan Artikel Ini